Biarpun ramai yang mengecam tindakannya berkongsi mengenai mangsa gangguan seksual golongan penunggang agama, Caprice tetap nekad dengan pendiriannya untuk membanteras golongan itu dari terus merosakkan anak-anak muda.
Terbaru, Caprice memaklumkan dia telah dihubungi oleh seorang remaja lelaki dikenali sebagai Din, berasal dari Perak yang mendakwa dirinya diganggu oleh seorang lelaki bergelar ustaz.
"Mangsa datang dari Perak berjumpa dengan Caprice depan-depan dan kongsi pengalaman serta phone dia," katanya.
Berdasarkan video yang dikongsikan, suspek bertanya kepada Din sama ada remaja itu merindui dan menyayanginya sebelum mendedahkan dirinya seorang yang kuat merajuk dan manja.
"Din rindu ustaz? Sayang ustaz? Ustaz tak nak Din sayang ustaz sebab ilmu ke apa. Tapis sayangilah ustaz dan kekurangan yang ada.
"Ustaz ni jenis kuat merajuk, manja. Ustaz jauhkan diri sebenarnya dari Din. Takut Din tak selesa.
"...one day, ustaz nak pinjam lengan Din untuk luahkan apa yang ustaz nak luah. Jadi bantal aku tidur.
"Ustaz ingat Din menyampah dengan ustaz... Tapi Din tak pernah kiss ustaz pun? Din, dalam hidup ni, ustaz nak cari orang yang betul sayang dan caring (tentang) ustaz.
"Din jangan mainkan perasaan ustaz dengan send foto lama. Nanti ustaz berharap," kata suspek ketika berbual dengan mangsa di aplikasi WhatsApp.
Di media sosial, ramai yang mengecam tindakan Caprice termasuklah beberapa orang ternama yang dikesan turut meninggalkan komen berbaur sindiran.
Bagaimanapun, Caprice tetap memaafkan mereka dan berharap golongan yang mengecamnya faham dengan tujuannya membuat pendedahan itu untuk menyedarkan orang ramai betapa bahayanya pemangsa kanak-kanak.
"Yang kecam Cap 2-3 hari ni, insyaAllah apabila korang sedar how dangerous a gay-child-predator is. Korang tak perlu cari aku dan minta maaf, Cap halalkan kebodohan korang," katanya.
Dalam masa yang sama, Caprice meluahkan rasa kecewanya dengan sikap masyarakat yang lebih mementingkan aib seseorang berbanding mendedahkan perbuatan jenayah seseorang itu kepada umum.
"Hanya di Malaysia kalau nak jadi a gay child predator, hang kena jadi seorang ustaz dulu baru 60 peratus rakyat Malaysia akan sokong.
"Kalau sesiapa cuba bongkar seorang ustaz gay child predator demi keselamatan budak-budak sekolah, 60 peratus rakyat Malaysia akan panggil benda itu 'aib' dan harus disenyapkan di ruang public.
"Biar kes mahkamah jalan. Kalau ikut timing (pengurusan kes jenayah) Malaysia, maybe 2-3 tahun baru settle. Itu pun kalau bukti kukuh. Dalam masa 2-3 tahun itu (pemangsa) boleh tambah lagi 10-20 mangsa baru.
"Sebab keselamatan anak kita kat sekolah tak penting, aib lagi penting," katanya.
Sumber: Instagram Caprice
from The Reporter https://ift.tt/6eg8BrS
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment