Terkini, polis menahan reman tiga individu yang terbabit dalam video tular memijak hiasan perayaan Deepavali, untuk membiasa siasatan.
Menurut sumber, tiga individu terbabit merupakan kakitangan hospital swasta direman selama tiga hari bermula hari ini.
"Dua kakitangan hospital yang merosakkan kolam berkenaan dan orang yang merakamnya ditahan reman tiga hari bermula hari ini," katanya.
UPDATE : Dua kakitangan hospital yang merosakkan kolam berkenaan, dan orang yang merakamnya ditahan reman tiga hari bermula hari ini.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) October 31, 2022
Kedua-dua suspek - masing-masing berusia 20-an dan 30-an.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima satu laporan berkaitan kes video tular berkenaan dan telah memanggil suspek untuk hadir ke IPD Klang Utara untuk memberi keterangan.
Dalam video tular itu, lelaki berusia 24 tahun terbabit memijak, berjalan dan sengaja merosakkan hiasan rangoli di premis hospital tersebut.
KPJ Healthcare Berhad menegaskan pihaknya sedang menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangannya selepas selesai siasatan.
Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap (Media Prima Berhad)
from The Reporter https://ift.tt/1NQ2iqv
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment