Home » , » Isteri ketiga serang isteri keempat dengan parang, didakwa di mahkamah

Isteri ketiga serang isteri keempat dengan parang, didakwa di mahkamah

shamsulazlan | 02:22 | 0 comments

Foto Kosmo Online


Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas pertuduhan mencederakan madunya dengan parang. 


Tertuduh, (isteri ketiga) Ruslyzay Shawaratuaini Che Roslan, 36, yang menetap di Puchong, didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa (isteri keempat) berusia 41 tahun menggunakan parang dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang, 15 Oktober lalu di rumah di Felda Lui Timur. 


Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca besama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan. 


Tertuduh pada awalnya mmengakui faham dengan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dan beberapa kali mengaku bersalah di hadapan Hakim Norma Ismail. 


Tetapi, tertuduh menukar pengakuannya kepada tidak bersalah selepas diberi penerangan oleh mahkamah dan ditanya sama ada faham atau tidak dengan pertuduhan yang dibacakan ke atasnya. 


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


Hakim Norma Ismail kemudian mengenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan tidak membenarkan tertuduh mendekati mangsa. Selain itu, pasport antarabangsanya juga diserahkan kepada mahkamah. 


Mahkamah menetapkan 5 Disember depan untuk tarikh sebutan semula kes. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/uAB1ZJU
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger