Home » , » (Video) 'Saya remove video tu, makcik tu suruh member saya minta maaf, anak² dia cari saya sebab viralkan video tu'

(Video) 'Saya remove video tu, makcik tu suruh member saya minta maaf, anak² dia cari saya sebab viralkan video tu'

shamsulazlan | 23:22 | 0 comments

Foto dari Twitter Mohammad Faeez Harith


Susulan viral video seorang peniaga nasi lemak yang memarahi pesaingnya, video tersebut telah dipadamkan membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengapa individu yang memuat naik video itu berbuat demikian. 


Skyrullah melalui TikToknya menjelaskan, video itu dipadamkan oleh pihak TikTok kerana ada yang membuat aduan mengenainya. Malah, dia turut 'diburu' oleh anak-anak peniaga terbabit yang dipercayai mahu mengambil tindakan terhadapnya. 


"Begitulah kesudahannya. Saya remove video itu. Makcik tadi suruh member saya minta maaf. Kemudian anak-anak makcik itu cari saya sebab viralkan video itu. Dia tak tahu di Twitter ramai spill the tea tentang makcik itu," katanya. 


@skyeskey007 Replying to @Eman :p ♬ original sound - IkhmalNour


Terdahulu, tular video di media sosial yang menunjukkan peniaga nasi lemak itu menyerang pesaingnya secara kasar. Dia juga mendakwa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberi kuasa kepadanya untuk berniaga di kawasan itu. 


Baca: (Video) 'DBKL kata saya berkuasa kat sini, esok saya tak nak tengok nasi lemak awak di sini, faham?!' - Tular makcik halau peniaga baru kerana takut bersaing


"Esok, saya tak nak tengok nasi lemak ini di sini, okey?! Faham? DBKL dah beritahu hari tu kan, dia cakap saya yang berkuasa kat sini. Saya tak nak tengok nasi lemak awak dijual kat sini," tegas makcik itu.


Hari ini, seorang netizen yang prihatin, Mohammad Faeez Harith, turun ke lokasi untuk meninjau keadaan di lokasi kejadian. Namun, peniaga yang teraniaya itu tidak membuka gerainya, dipercayai sudah berpindah ke lokasi lain. 


"Dah sampai, ada satu kedai je buka. Macam kedai yang tukang marah tu je. Tengok gaya, macam ye. Kesimpulannya kedai makcik yang kena marah itu tidak dibuka. Kedai makcik tukang marah, buka. Ada kereta Proton Wira berwarna putih di sebelah kedai dia.


"Saya beli nasi lemak di depan pasar TTDI je untuk elak konfrontasi dan hilang selera pagi-pagi ini. Kenapa saya tak pergi ke kedai makcik yang serang orang tu? Sebabnya saya tak nak mengeruhkan lagi keadaan. 


"Kita jadi tukang sorak dari jauh sedaplah, yang menanggungnya nanti payah. Lagipun biarlah dia buat perangai tak semenggah gitu, kita jangan ikut perangai dia," katanya. 



Selepas video itu tular, ada beberapa individu tampil mendedahkan mereka pernah membeli nasi lemak yang dijual oleh makcik berkenaan yang dikatakan tidak mengutamakan kebersihan. 



Sumber: TikTok Skyrullah, Twitter Faeez, Twitter Awin Rusli



from The Reporter https://ift.tt/659yvK2
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger