Home » , » Temui tikus mati dihempap kotak, kilang proses rempah dalam keadaan kotor & jijik ditutup

Temui tikus mati dihempap kotak, kilang proses rempah dalam keadaan kotor & jijik ditutup

shamsulazlan | 21:24 | 0 comments


Jumaat, 5 Mac 2021, Unit Kawalan Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyerbu sebuah kilang memproses rempah di Jalan Terolak, Taman Bamboo dan mendapati kilang tersebut beroperasi dalam keadaan yang kotor dan menjijikkan. 


Dalam serbuan itu, mereka menemui bangkai tikus yang dipercayai mati ditimpa kotak, lipas serta najis di sekitar ruang pemprosesan makanan dan stor penyimpanan produk kilang berkenaan. 


Pemeriksaan menyeluruh yang dilakukan oleh enam pegawai kesihatan mendapati, tahap kebersihan premis itu tidak memuaskan berikutan keadaan lantai, dinding, peralatan dan kelengkapan pemprosesan produk berada dalam keadaan kotor, berdebu dan usang. 


Bahan mentah makanan pula diletakkan kurang 0.45 sentimeter dari aras lantai dan terdapat lipas serta najis di gudang stor menempatkan produk yang sudah siap. Susunan stor juga tidak kemas dan tidak mengamalkan amalan FIFO (First In First Out). 


Ekoran itu, premis tersebut dikenakan tindakan tutup dan dikompaun. 



Sumber: Sinar Harian, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/2OvhUgS
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger