Ketua Hakim India, Sharad Arvind Bobde menerima banyak kecaman dari pelbagai pihak seluruh dunia selepas memberitahu pesalah kes rogol untuk mengahwini mangsanya (pelajar sekolah) sekiranya dia tidak mahu kehilangan kerja dan disumbat dalam penjara.
Lapor The Guardian, lebih dari 5,200 orang telah menandatangani petisyen yang mendesak Ketua Hakim berkenaan untuk meletak jawatan.
Bobde dilaporkan berkata kepada juruteknik kerajaan yang didakwa atas pertuduhan merogol mangsanya, pelajar sekolah:
"Kalau kamu berkahwin dengan dia (mangsa), kami boleh bantu. Kalau tidak, kamu akan kehilangan kerja dan masuk ke penjara".
Difahamkan, tertuduh didakwa melakukan jenayah bersiri terhadap mangsanya (pelajar sekolah) termasuk mengintai, mengikat dan merogolnya berulang kali.
Tertuduh juga pernah mengancam mahu menyiram mangsa menggunakan petrol untuk dibakar hidup-hidup, selain mengugut untuk membunuh saudara mangsa.
Aktivis Hak Asasi Manusia juga telah menulis surat terbuka kepada Ketua Hakim yang mendesak dia untuk berundur dari jawatannya.
Sumber: The Guardian
from The Reporter https://ift.tt/38vY78t
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment