Kes kakitangan Pos Malaysia yang melastik seekor anjing menyebabkan dirinya digantung kerja buat sementara waktu untuk siasatan dalaman baru-barui ini, akhirnya selesai apabila kedua-dua pihak telah berdamai.
Shahrol Shiro (Raja Lawak) bersama dengan pasukannya, Aku Budak Kluang (ABK), sebelum itu mengambil inisiatif untuk bertemu sendiri dengan posmen berkenaan yang dikenali sebagai Dollah.
Berdasarkan video temubual awal, Dollah mengaku dia berada dalam keadaan stress pada hari kejadian. Tetapi dia tidak berniat untuk mencederakan anjing tersebut.
Bagi menjernihkan keadaan, Shahrol membawa Dollah bertemu dengan pemilik anjing, iaitu Siva dan Magesh yang menunjukkan kehadiran Dollah juga amat dinanti-nantikan kerana Siva enggan memanjangkan kes tersebut.
"I tak nak bawa kes ini lama-lama. Memang saya tahu kerja posmen ini (berdepan dengan cuaca) panas, hujan, memang tension, saya faham," kata Siva.
"Saya memang mohon maaf sangat, saya pun... abang tahulah kerja pos, gaji bukan besar mana. Saya takut kehilangan pekerjaan ini. Saya minta maaf bang," kata Dollah.
Shahrol juga berharap, isu di antara mereka telah selesai dan mengambil kira masing-masing sebagai penduduk Kluang untuk berbaik-baik dan tidak bergaduh sesama sendiri.
Sementara itu, isteri Siva, Magesh menasihatkan Dollah untuk mengambil peluang yang ada untuk berehat dan tidak terlalu memikirkan kecaman netizen di media sosial keran apa yang penting, isu di antara mereka telahpun selesai.
Di media sosial, netizen memuji kedua-dua pihak yang telah berdamai termasuk usaha Shahrol yang membawa mereka untuk bersemuka atas semangat cintakan perpaduan dan keharmonian.
Sumber: Aku Budak Kluang
from The Reporter https://ift.tt/3uztsAl
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment