Seorang pengunjung pasar raya menanggalkan seluar dalamnya untuk dipakai sebagai pelitup muka selepas kakitangan premis tersebut memaklum bahaya dia tidak akan dilayan sekiranya tidak memakai pelitup muka.
Insiden itu dirakam di pasar raya Pick and Pay di Afrika Selatan selepas pengawal keselamatan meminta wanita itu memakai pelitup muka. Namun, wanita itu memberikan alasan yang dia tidak mempunyai pelitup muka.
Selepas diberi amaran yang dia akan dihalau keluar dari pasar raya, wanita itu segera menanggalkan seluar dalamnya untuk digunakan sebagai pelitup muka.
Dalam klip video tersebut menunjukkan wanita berkenaan beratur untuk membuat pembayaran. Seorang pengawal keselamatan wanita datang menghampirinya dan bercakap mengenai sesuatu sebelum dia secara tiba-tiba membongkok untuk menanggalkan seluar dalamnya.
Seluar dalam itu kemudian dipakaikan di wajahnya membuatkan pengunjung pasar raya lain tertanya-tanya, "Apa yang berlaku??". Keadaan bertambah mengelirukan setelah wanita berkenaan menunjukkan 'thumbs up' kepada pengawal keselamatan itu dan berkata, "Puas hati?".
Pengawal keselamatan itu kemudian menghubungi seseorang melalui walkie-talkie, sementara wanita itu pula membebel dan secara sinis mengatakan seluar dalamnya lebih bersih berbanding pelitup muka.
Meskipun begitu, ada juga yang mengkritik wanita berkenaan kerana tidak mematuhi peraturan yang mewajibkan pengunjung memakai pelitup muka.
Video kejadian itu juga viral di media sosial dan netizen berkata, "Duduk kat rumah dan online shopping je kalau tak suka pakai pelitup muka. Bukannya dia tak tahu seluruh dunia sekarang wajibkan pemakaian pelitup muka.
"Apa dia ingat seluar dalam dia dapat menyelamatkan dia? Matanglah wei, tak fikir ke apa yang keluarga kamu rasa?".
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/3svS0IH
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment