Viral di media sosial sejak semalam, seorang individu mendedahkan wang simpanan dalam akaun banknya berkurangan dan insiden itu hanya disedarinya ketika mahu membuat pengeluaran wang di ATM.
Menurut Apol Moon'tel, baki dalam akaun banknya lebih kurang RM5,000 lebih tetapi kini semua wang simpanannya telah lesap.
"Baki asal dalam 5,000 lebih. Semalam cuba keluarkan duit untuk belanja, tengok baki RM2,800. Kemudian cuba untuk tekan keluarkan semua tak boleh. Check semula baki, terus tinggal RM2,004.
"Masukkan kad dan cuba lagi untuk keluarkan baki yang ada. Masih juga gagal. Check semula baki hanya tinggal RM1,205," tulisnya seperti yang dikongsikan di Facebooknya semalam.
Susulan kejadian itu, Apol terus menghubungi pihak bank dan operator memaklumkan masih berlaku penolakan dalam akaun bank. Baki terakhir yang diketahui adalah RM400 dan difahamkan mangsa meminta akaun banknya terus ditutup, namun baki RM400 turut lesap.
Setelah penutupan akaun bank dilakukan, mangsa menerima 16 mesej notifikasi dari pihak bank berkenaan yang memaklumkan ada berlaku penolakan wang dari akaun banknya yang melibatkan jumlah besar seperti RM399.90.
Sementara itu, seorang lagi individu, Aizat Syah, juga mendakwa menerima nasib yang sama di mana berlaku penolakan wang dari akaun banknya sebanyak RM4,000 lebih.
"Semalam sekitar jam 12, ada notifikasi masuk yang mengatakan duit ditolak dari akaun bank. Nak pitam jugalah sebab RM4,000 lesap," katanya yang juga telah menyekat akaun tersebut dan membuat laporan polis.
"Yang peliknya di sini, kenapa Apple bill? Sebab tak pernah pun pakai untuk subscribe apa-apa kat Apple. Saya syak ada pihak ketiga yang buat kerja tak senonoh ni.
"Buat masa ini, tunggu masa nak pergi bank dan nak call Apple untuk report seterusnya," katanya.
7 Disember 2020, pihak Apple telah mengeluarkan panduan bagi penggunanya untuk membuat semakan pada akaun bank sekiranya menerima mesej dari 'Apple.com/bill'.
- Semak jika caj yang dikenakan itu adalah dari pembelian terkini.
- Semak sekiranya caj yang dikenakan adalah pembaharuan langganan.
- Bertanya kepada ahli keluarga sekiranya ada yang menggunakan ID anda untuk membuat pembelian.
- Semak sekiranya anda membuat pembelian menggunakan Apple ID.
- Sekiranya empat perkara di atas tidak membantu, hubungi pihak Apple.
from The Reporter https://ift.tt/3jOThHF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment