Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzamn tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan tidak hadir ke mahkamah bagi kes pertuduhan berpakaian wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Muhammad Sajjad mendakwa, dia mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak hadir pada sebutan semula kesnya 23 Februari 2021 dan mempunyai surat pengesahan daripada doktor.
"Saya tak sihat, muka dan anggota badan saya tiba-tiba menjadi bengkak akibat alahan makanan. Surat pengesahan doktor pun saya ada kalau tidak percaya," katanya.
Selain itu, Muhammad Sajjad juga memaklumkan dia bukannya takut mahupun mengelak dan sentiasa memberi kerjasama yang baik selama ini.
"Kalaulah saya mengelak dan mahu lari, lebih baik terus pindah luar negara. Buat apa saya beri kerjasama selama ini? Terus terang, saya tak takut. Tetapi lebih kepada sedih dan kecil hati diperlakukan sebegitu," katanya yang masih tidak berpuas hati dan trauma dengan insiden yang berlaku di pejabat JAIS pada Januari lalu.
Menurut laporan Malaysia Gazette, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengerahkan 122 anggota dan pegawai penguatkuasanya untuk mencari dan menangkap lelaki itu selepas mendapat waran tangkap dari mahkamah.
Sumber: Astro Gempak, Malaysia Gazette
from The Reporter https://ift.tt/3pYJTCM
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment