Majlis perkahwinan seorang anggota polis di Chai Nat, Thailand, berakhir dengan rasa malu setelah isterinya yang berpakaian serba hitam datang menyerbu dan menunjukkan sijil perkahwinan mereka untuk membuktikan pengantin lelaki itu sebenarnya bukan lelaki bujang.
Lebih teruk lagi, ibu pengantin lelaki itu turut menemani menantunya dan menampar muka anaknya ketika dia dan pengantin perempuan cuba mendapatkan restu dari beberapa sami jemputan yang terkedu sebelum meneruskan majlis tersebut.
Insiden itu viral di media sosial dan mengundang banyak kritikan netizen. Ketua polis juga dilaporkan tidak senang duduk sejak video anak buahnya viral di Facebook pada Khamis, 18 Februari 2021.
Menurut si isteri berusia 33 tahun itu berkata, dia pergi ke majlis perkahwinan tersebut yang diadakan di sebuah rumah di Muang pada pagi Khamis setelah mengetahui suaminya berusia 34 tahun itu berkahwin lagi.
Difahamkan, anggota terbabit bertugas di Balai Polis Muang dan telah berkahwin sejak l5 tahun lalu yang dikurniakan dua anak perempuan berusia 15 dan 5 tahun.
"Saya sedar dia menjalinkan hubungan dengan perempuan lain sejak setahun lalu. Beberapa hari sebelumnya, kawan memaklumkan yang perempuan simpanannya itu mengumum untuk berkahwin.
"Awalnya saya tidak menyangka suami saya akan berkahwin lagi. Sebelum majlis itu, dia masih tinggal di rumah bersama kami dan memberitahu saya yang dia akan keluar bekerja untuk syif malam.
"Kemudian saya kata, fikir dua kali kalau nak berkahwin lagi. Dia jawab, tak ada apa-apa dan tanya siapa pula yang berkahwin? Sebaliknya menegaskan dia hanya keluar untuk bertugas di syif malam.
"Pagi keesokan harinya, saya pergi ke rumah perempuan itu untuk melihat sama ada, ada majlis perkahwinan atau tidak. Bila tiba, saya terkejut dan sedih serta tidak menyangka suami akan berkahwin lagi," katanya.
Walaupun menyedari kehadiran isteri pertama, dua pengantin itu berpura-pura seperti tidak mengenalinya dan meneruskan majlis seperti biasa. Tetapi di video kedua pula menunjukkan ibu pengantin lelaki memarahi anaknya.
"Tinggalkan majlis ini, awak bukan tetamu rumah ini. Tolong pergi," kata si suami.
Media Thailand melaporkan, anggota terbabit kini berdepan dengan siasatan pihak atasan berhubung isu terbabit kerana dia dan isterinya masih belum bercerai.
from The Reporter https://ift.tt/3aIlBbH
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment