Seorang lelaki berusia 42 tahun akan dihadap ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini di atas 67 pertuduhan merogol anak perempuan dan rakan anaknya berusia 14 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, peniaga air tebu itu akan berdepan 58 pertuduhan merogol anak kandungnya dan sembilan pertuduhan merogol rakan anaknya.
Difahamkan, suspek merogol anak perempuannya sejak mangsa berusia 10 tahun. Mangsa kedua pula dirogol sejak Ogos 2020 hingga Januari 2021 sebelum suspek ditahan pada 10 Februari 2021 selepas mangsa membuat laporan polis pada 7 Januari 2021.
Bagi kesalahan yang melibatkan rakan anaknya, kejadian berlaku pada 7 Januari jam 3 petang di mana suspek mengajak rakan anaknya yang juga merupakan pekerjanya balik ke rumahnya.
Suspek kemudian menolak pengadu ke atas katil dan bertindak merogol mangsa serta berpesan untuk tidak memberitahu kepada sesiapa mengenai kejadian itu. Namun mangsa memberitahu ibunya lalu dibawa ke balai untuk membuat laporan polis.
Ketika kejadian itu, tiada sesiapa yang berada di rumah dan anak kandungnya diugut akan dipukul sekiranya memberitahu kejadian itu kepada ibunya.
Menyedari mangsa kedua telah membuat laporan polis, mangsa pertama bersama dengan ibunya pergi ke balai untuk mengambil tindakan yang sama.
"Kertas siasatan sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan untuk tuduh terhadap suspek mengikut Seksyen 376 (1) dan Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.
Bagi kesalahan Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah. Bagi kesalahan Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan, hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan juga sebatan jika didapati bersalah.
"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah," katanya.
Sumber: Harian Metro, Utusan Online
from The Reporter https://ift.tt/37Gixet
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment