Rabu, 10 Februari 2021, jutawan kosmetik Dato' Aliff Syukri Kamarzaman berkongsi curahan hatinya di Facebook mengenai perniagaan resortnya yang dikatakan merundum ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Menurut Aliff, dia telah menghabiskan jutaan ringgit untuk membangunkan resortnya tetapi tidak sempat menikmati hasil keuntungannya sehingga kini kerana PKP 2.0.
"Siapa senasib macam saya? Sedih yang sukar saya ungkapkan. Berjuta-juta ringgit saya habiskan untuk menaikkan @sugehecoresort cawangan Sungai Buloh, @sugeh.chalet dan baru nak merasai hasil daripada perniagaan ini. PKP tutup buka, tutup buka, pelanggan pun takut nak datang kejap buka, kejap tutup.
"Yang paling menyedihkan, cukai semua nak kena bayar, gaji pekerja kena bayar. Kalau nak diberhentikan, kasihan mereka. Begitulah nasib usahawan kecil seperti saya ini," katanya.
Keadaan itu juga katanya, mendesak para pekerjanya yang selama ini bekerja dalam ruangan berhawa dingin terpaksa melakukan kerja-kerja di ruangan sebaliknya bagi memastikan perniagaannya terus kekal.
Aliff berharap dan berdoa agar tempoh PKP 2.0 ini cepat berlalu. Selain itu, dia juga menawarkan pakej percutian terendah di resortnya dengan harga bermula RM350 sahaja.
Di ruangan komen, ada netizen yang keliru dengan status tersebut kerana Aliff meminta orang ramai yang berminat untuk bercuti di resortnya membuat tempahan lebih awal iaitu dua minggu sebelum kerana bimbang resortnya penuh.
Selain itu, netizen juga menegurnya agar tidak mengeluh dengan dugaan daripadaNya.
Sumber: Facebook Aliff Syukri Kamarzaman
from The Reporter https://ift.tt/3pdbu2L
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment