Home » , » 2 wanita transgender Pakistan dipukul sampai mati di Arab Saudi tetapi...

2 wanita transgender Pakistan dipukul sampai mati di Arab Saudi tetapi...

shamsulazlan | 23:56 | 0 comments

Di media sosial, isu mengenai Muhammad Sajjad mencemarkan imej Islam di Mekah masih hangat diperkatakan dan timbul semula perkongsian mengenai kes yang menimpa dua wanita transgender Pakistan yang didakwa didera sehingga mati di Arab Saudi.

Pada Mac 2017, Independent melaporkan dua wanita transgender dimasukkan dalam guni, dipukul dengan kayu dan didera sehingga mati, dakwa aktivis hak asasi manusia di Pakistan. 

Polis Arab Saudi didakwa membunuh Amna, 35, dan Meeno, 26, selepas kediaman mereka di Arab Saudi diserbu pihak berkuasa dan 35 transgender ditahan. 

Aktivis Pakistan menuntut penjelasan dari pihak Arab Saudi berhubung kes tersebut. 

"Kami mahukan penjelasan kerana sekarang dan ramai golongan transgender di Arab Saudi berasa bimbang dan takut," kata Qamar Naseem, aktivis sosial dari Blue Veins. 

"Mereka tidak diberi layanan yang adil," katanya lagi yang mengesahkan dia mendapat maklumat itu dari golongan itu di Arab Saudi. 

Bagaimanapun, Arab Saudi menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan laporan media mengenai serbuan itu adalah salah dan tiada sesiapa yang didera. 

Pihak kementerian berkaitan mengambil maklum mengenai kematian seorang warga Pakistan dalam tahanan. 

"Individu berusi 61 tahun itu mengalami serangan jantung dan meninggal dunia di hospital semasa diberi rawatan," menurut kenyataan media yang dikeluarkan. 

Di Arab Saudi, tiada undang-undang khas yang ditubuhkan untuk mengambil tindakan terhadap golongan transgender. Tetapi pihak berkuasa akan menangkap dan memenjarakan lelaki yang berkelakuan seperti wanita. 

Di Pakistan, individu transgender kebiasaannya dibuang keluarga dan dipaksa untuk mengemis atau melacur bagi menyara kehidupan sendiri. 



from The Reporter https://ift.tt/3b8PQ9U
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger