Jika sebelum ini tular mengenai rungutan ibu bapa mengenai kos perbelanjaan dan trending majlis graduasi pelajar tadika. Terbaru, rungutan mengenai Program Kerjaya di Sekolah Malaysia pula menjadi perhatian netizen. Seperti biasa, kos dan perbelanjaan dipersoalkan bagi para pelajar yang tidak berkemampuan.
Melalui perkongsian ini, dikatakan program tersebut meniru program budaya pembelajaran luar negara. Namun sebenarnya, dua budaya yang ditonjolkan ini berbeza sama sekali.
Di luar negara, pelajar di sana berbangga dengan jemputan (ibu bapa) yang bercerita mengenai kerjaya masing-masing dan menjadikan inspirasi buat mereka. Tetapi di sini, para pelajar disarung dengan kostum tanpa mengetahui fungsi dan tanggungjawab di sebalik kostum tersebut. Yang kaya mampu menyarung dengan bangga, yang kurang berkemampuan hanya mampu melihat dengan kesedihan.
HAVE to comment about this since parents and teachers talk a lot about it. Program Kerjaya di Sekolah Malaysia. Ini pendapat dan komen saya.
Maaf cakap. Program kerjaya Malaysia tiru budaya belajar luar negara alkisah kononnya (attached this to the officer MOE yang gubal paperwork program ).
Tetapi di luar negara, semasa program kerjaya, contohnya nak cerita kerjaya polis, ibu atau bapa murid yang kerja polis dijemput datang ke sekolah, pakai baju uniform polis lengkap. Bapa kerja polis tu cerita apa kerja dia, bagaimana dia jadi polis, apa yang ada pada baju dia. Semua murid akan tepuk tangan apabila dimaklumkan polis tu bapa siapa. Banggalah kejap budak tu.
Begitu juga jika ada bapa murid Tukang Kebun Sekolah, dijemput bercerita kepentingan kerjanya sebagai Tukang Kebun. Murid-murid tepuk tangan bila dimaklumkan Tukang Kebun itu bapa siapa. Murid di ajar dari sekolah agar menghormati setiap kerjaya bapa rakan mereka. Jemput parents yang kerja sebagai juruterbang, artis, surirumah dan lain-lain bercerita tentang kerjaya mereka (surirumah pun satu kerjaya okay).
Bahkan antara rutin Presiden Amerika setiap tahun adalah datang ke sekolah anaknya atau cucunya atau anak saudaranya dan bercerita tugasnya sebagai Presiden. Begitu juga dengan Menteri Pendidikan mereka, datang ke sekolah bercerita dengan murid apa kerjanya sebagai Menteri Pendidikan. Murid-murid di sana tetap berpakaian seperti biasa tanpa perlu pakai kostum untuk program kerjaya.
Pembelajaran ilmu itu lebih penting dari kostum. Ada juga yang bijak pandai kata "Biarlah, pembelajaran sebenar". Salah kefahaman yang dahsyat tentang konsep "pembelajaran sebenar" jika ianya keluar dari mulut pegawai pendidikan.
Pembelajaran sebenar menurut kurikulum ialah dengan cara kanak-kanak itu dibawa ke balai polis, merasai pengalaman ikut jentera bomba, merasa duduk di bilik berita membaca berita atau merasa duduk dalam mesyuarat kabinet mendengar ahli politik kita berbahas dan sekejap-sekejap tepuk meja. Itu pengalaman sebenar. Bukan sekadar berlakon berpakaian seperti polis dan akhirnya datang kembali ke sekolah seperti hari-hari persekolahan biasa tanpa ada seorang polis pun dia nampak di sekolah pada hari berkenaan.
Jika sekadar memakai kostum, itu bermakna standard atau topik pembelajaran hari berkenaan ialah "mendedahkan kepada murid jenis-jenis pakaian."
Murid A: "Kau jadi apa? Aku polis hari ni."
Murid B: "Aku pilot"
Murid C: "Aku tak jadi apa-apa, ayah aku takde duit nak beli baju askar?"
Sedih tak jika dengar dialog begini keluar dari mulut kanak-kanak.. "tak jadi apa-apa.. "
Itu belum lagi diulas tentang sesi Presiden Amerika membaca buku kepada murid-murid di sekolah terpilih setiap negeri yang ada di Amerika. Baca buku kanak-kanak di sekolah rendah dan sesi ulas novel di sekolah menengah atau tinggi (kerana itu industri buku di luar negara kukuh dan berkembang pesat).
Di Malaysia terbalik. Budak-budak kena berangan jadi apa tanpa tahu pun apa fungsi baju dia pakai, tambahan pula sebagai "kanak-kanak" dia pun tak tahu nak jadi apa bila besar nanti sebab itulah setiap tahun cita-citanya berubah-ubah.
Yang untung peniaga kostum kerjaya dari negara China dengan purata kanak-kanak di sekolah Malaysia sekitar 400 ribu murid setiap aliran. At least bila 10% di Hulu Langat beli kostum pun boleh agak berapa banyak keuntungan. Belum kira lagi peratus ibubapa di Putrajaya yang "malas nak fikir kita beli jer".
Bila saya cakap mulalah dalam meting ada yang menjeling saya. Orang yang tidak pernah mengajar di sekolah atau tidak mempunyai ramai anak tidak faham kesulitan yang berlaku akibat dari "Program Celup Suku" ni. Nak buat program kena kaji sampai dalam. Seronok arahkan sekolah buat program sahaja. Sorry to say.. muah.. muah.. muah.. Adios Amigos BubBye.
Sumber: Karya Kayra
from The Reporter https://ift.tt/2WM3Akm
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment