Home » , » Doktor terkejut temui ratusan 'bubble tea pearls' tersangkut dalam perut remaja

Doktor terkejut temui ratusan 'bubble tea pearls' tersangkut dalam perut remaja

shamsulazlan | 04:19 | 0 comments

Minuman 'bubble tea' kini semakin popular dan ramai yang menggemarinya serta mudah didapati di mana-mana. Namun, 'air yang tenang, jangan disangka tidak membawa masalah' kerana seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Zhejiang, China, dikejarkan ke hospital pada 28 Mei lalu selepas mengadu sakit perut serta sukar untuk makan dan buang air besar. 

Setelah menjalani CT Scan di bahagian perutnya, doktor menemui sejumlah besar 'bubble tea pearls' yang tidak dapat dihadam. 

Penemuan itu mengejutkan para doktor yang kemudian menyoal siasat pesakit mengenai perkara itu. 

Remaja itu memaklumkan, dia mengambil minuman tersebut lima hari yang lalu. Tetapi Dr. Zhang yang merawatnya berkata, tidak mungkin sejumlah besar 'bubble tea pearls' itu diambilnya dalam masa satu hari, bermakna pesakit itu berbohong mengenai pengambilan minuman itu dari ibu bapanya serta meminum minuman itu setiap hari. 


Pesakit kemudian diberi julap untuk membantu mengeluarkan 'pearls' tersebut dari badannya. 

Pengarah Hospital Bandar Zhuji, He Yuling, berkata, 'pearls' yang dibuat dari kanji ubi kayu itu tidak mudah dicerna lebih-lebih lagi apabila ditambah dengan bahan yang membuatkan 'pearls' tersebut lebih kenyal agar mudah dikunyah, namun ia membahayakan sistem pencernaan sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak. 



from The Reporter http://bit.ly/2WPiybB
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger