Home » , » Remaja mengaku sumbang mahram dengan kakak kandungnya sehingga melahirkan anak didakwa di mahkamah

Remaja mengaku sumbang mahram dengan kakak kandungnya sehingga melahirkan anak didakwa di mahkamah

shamsulazlan | 19:15 | 0 comments

Remaja lelaki berusia 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kampar hari ini atas tuduhan melakukan sumbang mahram dengan kakak kandungnya sejak dua tahun lalu, lapor Harian Metro

Tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh dalam prosiding yang diadakan secara tertutup. 

Berdasarkan pertuduhan, remaja terbabit didakwa melakukan persetubuhan dengan kakak kandungnya berusia 16 tahun di rumah di Kampar antara Disember 2017 hingga Mei 2018, di mana perhubungan itu tidak dibenarkan undang-undang, hukum agama dan adat untuk berkahwin dengannya. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan juga sebatan. 

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Norashikin Hassanor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Majistret Nur Faizah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Februari bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

BERITA BERKAITAN: 


from The Reporter http://bit.ly/2SNVWTL
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger