Home » , » 'TQ Maryam untuk 24 jam yang ada' - Sebak, ibu luah kehilangan anak yang baru dilahirkan

'TQ Maryam untuk 24 jam yang ada' - Sebak, ibu luah kehilangan anak yang baru dilahirkan

shamsulazlan | 21:18 | 0 comments

Tiada apa yang dapat menggambarkan kesedihan pasangan suami isteri terutamanya si isteri apabila bayi yang dikandung selama sembilan bulan pergi meninggalkan mereka. Apatah lagi jika pasangan itu sudah lama menunggu rezeki cahaya mata. 

Sayu dan sebak membaca luahan si ibu ini. Bayi perempuan yang diberi nama Maryam, disahkan menghidap Potter Syndrome di mana buah pinggang gagal membentuk dengan sempurna. Takziah buat pasangan ini, semoga diberi ketabahan dan sedekahkan Al-Fatihah buat adik Maryam. 


BISMILLAH...

2 DISEMBER 2018

Nurul Maryam selamat dilahirkan secara normal. Kuatnya Maryam ni. Jam 2.17 pagi dengan ayah yang sentiasa di sisi. 

JAM 4 PAGI

Doktor Paeds jumpa ibu dan ayah, memaklumkan tentang Maryam menghidap Potter Syndrome. Tak pernah dengar kan? Satu dalam 30,000 kes ini. Bukan masalah genetik, juga bukan masalah kromosom. She just can last long for few hours. Ibu dan ayah sudah bersedia, inshaAllah pada masa itu. 

JAM 7 PAGI

Doktor Paeds jumpa ibu lagi, memaklumkan respon positif dari Maryam, bila diorang masukkan alat bantuan oksigen. Alhamdulillah. Ibu cukup bersyukur sebab ibu nak jumpa anak ibu ini. Anak ibu yang kuat ini. 

JAM 11.30 PAGI

Ibu dapat berjumpa dengan Maryam. Cantiknya anak ibu, subhanallah putih comel. Tetapi doktor kata, Maryam tidak boleh bertahan lama kerana paru-paru Maryam sudah bocor. 

JAM 12.30 TENGAH HARI

Maryam yang cantik dapat berjumpa dengan semua orang, nenek, pakcik makcik semua dan Maryam buka mata apabila ayahnya panggil. Maryam genggam jari ayah bila ayah panggil namanya. 

JAM 5 PETANG

Orang tak berhenti-henti melawat Maryam. Semua cakap Maryam cantik dan kuat. Doktor buat scan lagi untuk mengetahui apa masalah Maryam. Keputusan imbasan menunjukkan Maryam tak ada buah pinggang, limpa dan salur najis. Kasihan anak ibu, ibu redha Maryam, ibu tak nak Maryam sakit. 

JAM 8.00 MALAM

Ibu mengalami demam menggigil sebab itu tak berehat sejak melahirkan Maryam. Ibu kuat bangun melawan sakit sbab nak tengok Maryam. Bila sakit, ibu kena juga rehat atas katil. Ibu rindu Maryam. 

3 DISEMBER 2018 JAM 1.17 PAGI

Ibu terjaga, terdetik di hati ibu. Apalah khabar Maryam anak ibu ni. Ibu terus cakap, "Maryam, kalau sakit tak payah tahan, pergilah. Ibu redha". Kemudian, jururawat datang dan maklumkan pihak NICU call nak berjumpa dengan ibu. Then I know Maryam dengar apa yang ibu cakap kan? 

Bila ibu sampai, heartbeat Maryam dah turun sampai 44. Ibu kata, "Maryam tunggulah ayah. Ayah datang tu," itulah pertama kali ibu dapat peluk Maryam yang penuh dengan wayar berat. Sakit mulut anak ibu kan?

Bila ayah datang, heartbeat Maryam menjadi stabil semula. Manja dengan ayah ni. Ibu bagi ayah pegang pula sebab tangan ibu dah lenguh. 



JAM 3.35 PAGI

Nurse kejutkan ibu sebab ibu tertidur di situ. 

"Puan, anak dah tak ada puan". 

Allah luluhnya hati ibu dengar. Thank you Maryam untuk 24 jam yang ada. 

Lokasi: Hospital Besar Melaka


from The Reporter https://ift.tt/2UlqOwe
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger