(Video) 'Tragedi 29 Sept, nape tak tunggu Oktober ha?!'

shamsulazlan | 23:39 | 0 comments
Viral video seorang wanita bermain buaian di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir, Terengganu, mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.  Ada yang ketawa, ada yang ketawa sampai menangis bagai selepas menonton video yang dimuat naik oleh Dermalina Othman di Facebooknya semalam.  Berdasarkan dua video tersebut, Dermalina terdahulu mencuba buaian di sebelah kiri, namun oleh tidak dapat menghayunkan buaian tersebut, beliau...

'Suspek masih belum dituduh' - Bapa terkedu, pengasuh yang menyebabkan kaki anaknya patah masih 'bebas'

shamsulazlan | 20:49 | 0 comments
Kes berlaku pada bulan Jun lalu, namun sehingga kini suspek yang didakwa cuai sehingga menyebabkan kaki bayi berusia tiga bulan patah, masih belum didakwa di mahkamah atas beberapa perkara.  Bapa mangsa, Muhsin Zaidi, kesal namun terpaksa akur dan menganggap apa yang berlaku pada anaknya, Hannah Khawlah adalah ketentuan dariNya.  "Aku cuba move on dan berhenti pikir benda ni, tapi tak boleh. Hari-hari teringat, setiap masa. Bila teringat...

Berang dengan orang sebelah, jiran bina tembok depan rumah

shamsulazlan | 19:54 | 0 comments
Penghuni di sebuah rumah di Desa Sudimoro, Kabupaten Jombang, Jawa Timur, terkurung gara-gara tembok yang dibina oleh jirannya sejak Februari 2018.  Rumah tersebut didiami oleh pasangan suami isteri, Siti Khotijah, 35, dan Abdul Karim, 40, bersama dengan seorang anak mereka sejak tahun 2006.  Difahamkan, tanah itu adalah tanah pemberian orang tua Siti dan dibina rumah untuk dijadikan tempat tinggal tetap selama bertahun-tahun tidak...

'Mastika, nantikan surat saman dari saya dan Skop Productions' - Syamsul Yusof

shamsulazlan | 18:59 | 0 comments
26 September lalu, Majalah Mastika telah mewujudkan bebenang di Twitter kisah benar mengenai watak yang dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan dalam filem Munafik 2.  Thread tersebut dikicau lebih 30 ribu kali dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen kerana ia memetik kisah arwarh Abuya Ashaari Muhamad, pengasas Al-Arqam.  Bagaimanapun, bebenang itu menimbulkan rasa kurang senang pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof yang mendakwa bebenang...

Budak maut dicampak abangnya dari bumbung apartment

shamsulazlan | 18:04 | 0 comments
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas dicampak dari tingkap empat bangunan kediamannya di New York pada 29 September lalu.  Menurut pihak berkuasa, suspek kejadian disyaki adalah abang kandungnya sendiri yang berusia 20 tahun.  Pada jam 3.30 pagi, polis menemui mangsa, Shimron Smith, dalam keadaan tidak bernyata di belakang bangunan kediaman itu dan dilaporkan mati di lokasi kejadian.  Ekoran kejadian itu, polis...

(Video) 'Kau nak kena pecat?!' - Maxis gantung pegawai maki dua kakitangannya

shamsulazlan | 17:54 | 0 comments
Sebuah video menunjukkan seorang wanita memaki hamun dua pekerja premis telekomunikasi termasuk ibu yang sarat mengandung menjadi tular di media sosial. Video berdurasi seminit 37 saat itu menimbulkan kemarahan netizen kerana beranggapan perbuatan itu adalah keterlaluan. Sehingga kini, rakaman tersebut sudah ditonton lebih 447,000 kali dan mendapat  lebih 4,700 perkongsian di Facebook. Dalam video berkenaan, wanita yang dipercayai berpangkat...

Pengasuh sumbat cili dalam mulut kanak-kanak sehingga mati, dipenjara 18 bulan

shamsulazlan | 17:39 | 0 comments
Tindakan kejam seorang pengasuh yang memasukkan cili ke dalam mulut seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun enam bulan sehingga menyebabkan kematiannya Jun lalu, dibalas dengan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi Seremban di sini hari ini. Hakim Datuk Abu Bakar Jais menjatuhkan hukuman tersebut selepas Asmarani Ghazali, 39, yang merupakan ibu kepada tiga anak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 31(5)(b)...

Mata dan mulut bengkak bernanah digigit semut charlie

shamsulazlan | 21:44 | 0 comments
Gara-gara digigit semut charlie ketika tidur, bayi berusia 11 bulan mengalami bengkak di bahagian muka.  Dalam kejadian pada minggu lalu di rumahnya di Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, gigitan semut itu menyebabkan mulut mangsa, Muhammad Iffat Iskandar Mohd Babudin, bernanah. Keadaan itu menyebabkan dia sukar untuk minum susu selama beberapa hari.  Menurut ibunya, Koperal Nurul Nazirah Zainol berkata, anaknya...

Kes buli jalan raya, tertuduh didenda RM1,500 sahaja

shamsulazlan | 07:11 | 0 comments
Lelaki yang menyerang dan merosakkan sebuah kereta yang didakwa menghalang laluannya baru-baru ini didakwa di mahkamah dan dikenakan denda RM1,500.  Ketika dibawa ke mahkamah, tertuduh tersenyum dan tidak segan menunjukkan wajahnya kepada kamera pihak media.  Menurut laporan Sinchew, juruteknik berusia 30 tahun berasal dari Kedah itu mengaku bersalah dan menyesal dengan tindakannya.  Terdahulu, tertuduh didakwa menyerang pasangan...

(Video) 'Aduhai, tandas kan ada..'

shamsulazlan | 00:26 | 0 comments
Viral di media sosial video sepasang suami isteri membantu anak kecilnya kencing dalam botol, menimbulkan rasa jijik para pengunjung mahupun netizen di media sosial.  Video yang dimuat naik oleh Simrath pada 26 September lalu dilaporkan berlaku di sebuah restoran yang terletak di Setia Alam.  "Why are parents these days so dumb?!?! Like, you could've just taken your son to the rest room to potty, but instead you showed everyone...

'Dalam 2 minit, dia lepaskan duit kita dalam akaun bank' - Scammer ceroboh akaun bank orang awam

shamsulazlan | 19:11 | 0 comments
Jenayah yang dilakukan bukan melibatkan jumlah wang yang sedikit, tetapi mereka mampu melesapkan wang individu dengan hanya menggunakan taktik-taktik tertentu. Kebiasaannya mangsa mendapat panggilan telefon dari scammer yang menyamar sebagai pegawai bank, polis atau individu tertentu supaya dapat mempengaruhi mangsa memberikan maklumat. Seorang wanita menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan panggilan yang tidak dikenali dan mencurigakan....

Penjawat Awam Putrajaya disamun dan kereta dilarikan suspek

shamsulazlan | 18:21 | 0 comments
Penjawat awam wanita disamun lelaki bersenjatakan pisau di tempat letak kereta di Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Larai, Presint 6, Putrajaya, malam tadi.  Dalam kejadian jam 10.37 malam itu, mangsa berusia 37 tahun yang mahu menaiki lif ke rumahnya, diacu dengan pisau oleh suspek memakai topi berwarna gelap, berbaju T kelabu gelap dengan ketinggian kira-kira 180 sentimeter serta berkulit gelap.  Ketua Polis Daerah Putrajaya,...

Dua remaja perempuan dirogol 9 suspek secara bergilir-gilir

shamsulazlan | 18:11 | 0 comments
Dua remaja perempuan termasuk seorang pelajar sekolah berusia 13 tahun dirogol secara bergilir-gilir oleh sembilan remaja lelaki berusia 15 hingga 17 tahun dalam tiga kejadian di Taiping, baru-baru ini.  Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, sembilan suspek terbabit telah ditahan selepas salah seorang mangsa tampil membuat laporan polis, semalam.  "Bertindak atas laporan dibuat pelajar itu, seramai sembilan...

(Video) Bengang dihon, lelaki pecahkan cermin dan rempuh pintu kereta

shamsulazlan | 06:26 | 0 comments
Seorang wanita berusia 44 tahun berdepan dengan detik cemas apabila dia diserang oleh pemandu Perodua Viva tanpa diketahui apa motif lelaki terbabit.  Lapor Sinchew, kejadian itu berlaku pada jam 10 pagi Rabu ketika mangsa sedang memandu bersendirian sebelum terserempak dengan kereta suspek.  Menurut mangsa, suspek secara tiba-tiba memecut dan memotongnya secara berbahaya di hadapan menyebabkan mangsa terkejut lalu membunyikan hon...

'Aku panggil sek jate rogol mu ramai-ramai'

shamsulazlan | 01:31 | 0 comments
Seorang peniaga pakaian online dijatuhkan hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini kerana mengugut memanggil lelaki merogol seorang wanita yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya, bulan lalu.  Nur Eznie Syarmimy Ab Aziz, 25, mengaku bersalah selepas Majistret Kamarul Hasyime Rosli membaca pertuduhan itu dan memerinta tertuduh dipenjara selama empat bulan jika gagal melunaskan denda tersebut.  Berdasarkan...

Ibu tunggal cuba melacurkan diri dipenjara 6 bulan, 6 sebatan

shamsulazlan | 23:16 | 0 comments
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan enam sebatan terhadap seorang ibu tunggal selepas dia mengaku bersalah di atas pertuduhan cuba melacurkan diri, lapor Harian Metro.  Hakim Tinggi Syarie, Rosdi Harun, menetapkan hukuman sebatan syariah itu dilaksanakan di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Bagaimanapun, beliau memerintah hukuman itu dilaksanakan selepas tempoh 14 hari sekiranya...

Bayi baru lahir ditemui dalam beg PUGB, nyaris dibuang ke dalam lori sampah

shamsulazlan | 19:56 | 0 comments
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dibuang oleh ibunya dalam beg plastik, telah diselamatkan selepas pekerja pengutip sampah mendengar suara tangisannya ketika lelaki itu hampir saja membuang plastik tersebut ke dalam lori sampah.  Klip video yang dirakam orang awam menunjukkan, bayi itu berada dalam beg yang digantung pada pagar di Bandar Lapu-Lapu, Filipina.  Ramai orang awam yang berkumpul melihat bayi itu yang perlahan-lahan...

'Dia tunjuk punai dia kat anak saya' - Ibu cemas, anak-anaknya diganggu lelaki pedo

shamsulazlan | 19:01 | 0 comments
Alangkah terkejutnya seorang wanita apabila dia dimaklumkan oleh anak-anaknya mereka diganggu oleh seorang lelaki gila yang secara tiba-tiba menunjukkan kemaluannya.  Menurut Affida Anggun Sedi, kejadian itu berlaku di Giant Putra Permai Seri Kembangan, berhampiran Pasar Borong Selangor pada Ahad lalu.  Beliau sempat mengadu perkara itu kepada pihak pasar raya, namun suspek telah melarikan diri.  "Selalu dengar dan baca saja pasal...
Pages (17)1234567 Next
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger