Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru sahaja mengumumkan pelantikan tiga menteri yang membabitkan Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan. Namun Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula menyifatkan pengumuman itu masih belum dimuktamadkan dan masih dalam perbincangan, lapor Berita Harian
Mahathir terdahulu mengadakan mesyuarat khas berkaitan pembentukan Kabinet, di Wisma Yayasan Selangor sebelum menamakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dalam satu sidang media.
Manakala tujuh lagi kementerian iaitu Pendidikan, Pembangunan Luar Bandar, Ekonomi, Kerja Raya, Pengangkutan, Multimedia Sains dan Teknologi serta Kementerian Luar akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.
Menurut Rafizi, pengumuman itu dianggap belum muktamad kerana ketiadaan wakil PKR di dalam mesyuarat dan semasa pengumuman pelantikan itu dan mengatakan sebarang keputusan mengenai pelantikan mestilah dipersetujui secara bersama oleh keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan (PH).
"Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dalam perjalanan ke Hospital Rehabilitasi Cheras untuk berbincang dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelantikan ini.
"Kita yakin proses rundingan yang mengikuti semangat muafakat akan membantu mengukuhkan kerajaan PH.
"Penjelasan ini dibuat kerana saya ditanya mengenai ketiadaan wakil PKR di dalam mesyuarat dan semasa pengumuman pelantikan sebentar tadi," katanya.
Sementara itu di media sosial, netizen keliru dengan penjelasan Rafizi dan menimbulkan pelbagai tanda tanya ke mana perginya wakil PKR ketika mesyuarat penting itu diadakan. Dalam pada itu, netizen berharap tidak timbulnya isu perebutan jawatan dan menaruh kepercayaan kepada Tun Mahathir untuk melantik anggota Kabinet.
from The Reporter https://ift.tt/2GaK9rp
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment