Home » , » 'Baru dapat tahu suami dah berkahwin lain, tapi aku tak menangis' - Suami beri alasan isteri barunya itu lebih lemah lembut, manja

'Baru dapat tahu suami dah berkahwin lain, tapi aku tak menangis' - Suami beri alasan isteri barunya itu lebih lemah lembut, manja

shamsulazlan | 01:04 | 0 comments

Awal perkahwinan, semuanya indah-indah belaka. Namun selepas beberapa tahun kemudian, rumah tangga pasangan ini mula goyah apabila si suami mengkhianati kepercayaan isterinya. Biarpun sudah beberapa kali perbuatannya itu terbongkar, namun isterinya masih tetap bertahan. 

Tetapi tidak untuk kali ini apabila si suami mengaku yang dia sudah berkahwin dengan wanita lain yang dikatakan mempunyai banyak ciri-ciri idamannya selama ini. Meskipun si isteri tidak 'mengamuk', namun jauh di sudut hatinya menangis. Dalam penulisannya jelas sekali menunjukkan dia kecewa dikhianati lelaki itu. 

SALAM KRT, tolong hide profile. Baru dapat tahu suami aku dah berkahwin lain. Sebelum dia berkahwin lain pun, dia jenis melayan juga dan pernah bercinta dengan perempuan lain. Kali ini aku tak menangis, relaks saja tanpa gunung berapi pun yang meletus. 

Aku tak tanya pun apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan aku. Aku hanya diam saja. Mungkin dia yang rasa serba salah. Dia pun beri penjelasan mengapa dia berkahwin lain. 

Katanya, isteri baru dia ini sangat lemah lembut, tak pernah meninggikan suara, tak pernah melawan, jenis mendengar kata dan manja. Dia kata itulah ciri-ciri gadis idaman dia selama ini. Aku pula hanya senyum sini saja selepas mendengar semua penjelasannya itu. 

Untuk suamiku, aku dah tiada air mata. Selama ini aku yang menanggung keluarga. Aku tidak dapat memberi kebahagiaan dan tidak dapat mengurangkan beban mak dan ayah aku pun sebab setiap bulan gaji aku habis untuk keluarga. Ibu bapa aku menanggung aku sampai berjaya memperolehi ijazah dan kerjaya yang bagus. Tetapi sekupang gaji aku pun tidak mampu diberikan kepada mereka. 

Selama ini aku bersengkangmata menjaga anak-anak. Bila anak sakit, aku yang menunggu di wad sementara kau pula boleh pergi memancing, berseronok dengan kawan-kawan. Selama ini aku mengadu pada kau tentang mak kau dan kakak serta adik beradik kau yang suka mengutuk, menfitnah dan menyindir aku sehingga aku hampir sakit mental. Tetapi kau tak pernah mempertahankan aku. 

Selama ini bila aku bercerita, aku bergurau senda, kau hanya membisu, mengangguk pun tidak, menggeleng pun tidak. Banyak lagi sikap kau yang membuatkan aku menjadi keras, aku memberontak, aku tengking, aku marah, aku biadab. 

Hari ini kau menceritakan 1,001 kebaikan perempuan lain pada aku. Hahaha. 

Abang, untuk awak saya dah tak ada air mata. Alhamdulillah abang dapat jodoh yang terbaik. Abang bahagia, saya pun bahagia. Sekarang aku dalam perjuangan menuntut untuk dilepaskan. Bukan mudah. 

Masa ini kaki aku yang baru keluar dari jamban pun kau cium. Kau melutut meminta ampun maaf. Bukankah sudah ada isteri baru, kaki hapak aku pun sayang nak tinggal ke? 

KRT, dahulu aku pun lemah lembut juga, aku sangat lembut. Cara pertuturan aku, suara aku, kawan-kawan zaman sekolah panggil aku 'baby' tau. Tetapi sejak kahwin, aku jadi babi. Apa nak buat, nasib. Hahahaha! 

Abang, wife baru awak lembut ye? Okey, makanlah dia punya lembut itu. Hahaha.



from The Reporter https://ift.tt/2HVYSbF
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger