Home » , » 'Peguam Negara, bekas KPN akan disiasat, SPRM akan dikaji semula fungsinya' - PM

'Peguam Negara, bekas KPN akan disiasat, SPRM akan dikaji semula fungsinya' - PM

shamsulazlan | 01:18 | 0 comments

Baru saja dilantik dan tanpa membuang masa, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan disiasat berikutan pembabitan dalam kes 1MDB, lapor Harian Metro

Beliau berkata, Peguam Negara pada waktu ini dilihat memperlekehkan peranannya dan seakan menyembunyikan perkara sebenar. Tindakan juga akan diambil berdasarkan undang-undang negara atas nasihat peguam serta pentadbiran negara. 

"Kita akan siasat mana-mana pihak yang kita tahu terbabit dengan jenayah rasuah ini," katanya yang menegaskan kerajaan akan memberi fokus memerangi rasuah dan mengawalnya pada tahap paling minimum. 

Namun Mahathir berkata, rasuah mungkin sukar dihapuskan pada masa itu tetapi ketika pilihan raya ada sokongan yang dibeli dan wujud persempadanan semula kawasan pilihan raya. 

"Semua perkara itu semakin teruk jika tidak dibanteras. Malah, tidak mustahil Pakatan Harapan (PH) boleh menang dengan majoriti dua pertiga jika semua itu tidak berlaku," katanya. 

Dalam pada itu. Mahathir tidak menolak kemungkinan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diteliti semula fungsi dan peranannya dalam membanteras rasuah.

"Jika kita lihat wujud prejudis atau berat sebelah, mungkin akan berlaku perubahan besar, termasuk pengurusan tertinggi suruhanjaya itu, "katanya yang juga mendakwa SPRM seperti tidak menghiraukan fakta berlakunya rasuah sepanjang kempen PRU14. 

"Kita boleh lihat banyak gambar yang membuktikan rasuah berlaku. Malah dua hari lalu kita lihat tiada ceramah dibuat, hanya wang diberikan kepada penyokong. 

"Kita akan siasat perkara ini kerana kita mahu pastikan undang-undang negara dipatuhi, bukannya hendak membalas dendam," katanya. 

Terdahulu, Mahathir mengumumkan 10 kementerian utama akan dibentuk selepas mengadakan perbincangan bersama empat pemimpin utama parti dalam PH. 

"Kita tidak perlukan Kabinet yang besar. Untuk itu kami namakan 10 kementerian saja dan tidak namakan menteri. Kami memberi masa kepada setiap parti untuk bermesyuarat dan memilih kementerian yang mana mereka mahukan untuk meletakkan calon masing-masing. 

"Majlis Tertinggi Presiden akan meneliti nama calon untuk menentukan barisan Kabinet," katanya. 

10 kementerian yang diumumkan ialah:
  1. Kementerian Kewangan
  2. Kementerian Dalam Negeri
  3. Kementerian Pertahanan
  4. Kementerian Pendidikan
  5. Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  6. Kementerian Ekonomi
  7. Kementerian Kerja Raya
  8. Kementerian Pengangkutan
  9. Kementerian Multimedia, Sains dan Teknologi
  10. Kementerian Luar


Dalam sidang media itu juga, Mahathir berkata, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memberi pengampunan penuh kepada Datuk Seri Anwar dalam masa terdekat, dalam pertemuannya bersama Baginda di Istana Negara semalam. 

"Ketika perjumpaan bersama Agong semalam, Baginda bersetuju mengurniakan keampunan segera kepada Anwar. Bagaimanapun proses Anwar untuk menyertai Kabinet mungkin ambil masa yang panjang. 

"Kita akan putuskan sama ada Anwar sertai Kabinet atau sebaliknya selepas ini," katanya. 


Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2rAFwSe
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger