Gajah merupakan haiwan mamalia (darat) terbesar di dunia yang boleh ditemui di pelbagai jenis habitat seperti di savana, gurun, paya dan pesisiran tasik. Selain digunakan oleh manusia sebagai 'pekerja', gajah juga seringkali dipertontonkan kepada manusia di zoo dan sarkas.
Menyentuh mengenai sarkas, kisah seekor gajah betina berasal dari Mozambique, diambil oleh pemburu liar semenjak berusia bayi untuk dijual di pasaran gelap sebelum dibeli dan dilatih sebagai gajah sarkas.
Bermula dari situ, Tyke mula dipukul, dirantai, disiram dan diseksa setiap hari semata-mata mahukan haiwan itu mematuhi arahan manusia bagi menghiburkan pengunjung sarkas.
Kisah yang dikongsikan oleh @santeira ini membuatkan netizen rasa sedih dan tidak menyangka begitu peritnya penderitaan yang dilalui oleh Tyke. Semoga kita semua tidak lagi menyokong dan membantah sebarang penganiayaan terhadap haiwan yang sepatutnya dibebaskan ini.
TYKE ialah seekor gajah betina Afrika dari Mozambique yang pernah membuat persembahan sarkas antarabangsa di Honolulu, Hawaii.
Asalnya pada tahun 1973, Tyke ditangkap semasa masih bayi dan kemudian dihantar ke USA untuk menjadi haiwan pertunjukan di sarkas.
Pada usia Tyke 20 tahun iaitu 21 April 1993, Tyke melepaskan diri melalui pintu depan Jaffa Shrine Centre di Altoona Pennsylvania semasa sedang membuat satu persembahan dan dibiarkan saja mengamuk selama sejam.
Pada 23 Julai 1993, Tyke mengamuk dalam satu festival di North Dakota, memijak dan mencederakan seorang jurulatih dan menakutkan orang ramai apabila berlari tanpa kawalan selama 25 minit.
Tyke dikatakan terlalu takut sehingga dia menjerit dan cuba menjauhkan diri apabila jurulatih itu berjalan berdekatan dengannya.
Pada 20 Ogos 1993,4, semasa satu persembahan yang dihadiri ramai orang termasuk kanak-kanak di Pusat Neal Bleisdell, Honolulu, Hawaii, Tyke telah menyerang juruhiasnya, Dallas Beckwith, dengan menendang dan memijak lelaki itu.
Dallas kelihatan tidak melawan dan seolah-olah seperti patung ditolak-tolak oleh Tyke dengan kakinya. Pada masa ini, orang ramai mula panik dan jurulatih Tyke, Allan Campbell telah memasuki gelanggang dan cuba menghentikan Tyke.
Namun Tyke telah menyerang Allan dengan memijak, menendang dan menekan dada Allan dengan belalainya sehingga Allan tidak bergerak lagi. Kemudian, Tyke masih sambung menyerang David sebelum keluar dari bangunan itu.
Amukan Tyke sempat dirakam oleh pelawat dan saksi menggunakan perakam pita video. Terdapat juga satu rakaman profesional yang dibuat oleh Steve (video peta.org) yang merupakan seorang penerbit tempatan.
Berikutan insiden itu, Tyke menjadi simbol tragedi sarkas dan simbol hak haiwan. Saman telah difailkan terhadap Bandar Honolulu, Hawaii, pertunjukkan sarkas itu, pemilik Tyke, John Cuneo Jr dan syarikat Hawthorn Corp.
Peguam Honolulu, Fenton Sink telah menyaman Cuneo bagi pihak ramai plaintif termasuk kanak-kanak yang mengalami trauma psikologi setelah menyaksikan Tyke dibunuh. Kes saman ini kemudian diselesaikan di luar mahkamah dengan jumlah pampasan yang amaunnya tidak didedahkan kepada umum.
Autopsi Allen Campbell mendedahkan kematiannya disebabkan kecederaan teruk di bahagian dalaman termasuk keretakan tempurung kepala dan tulang dada. Alkohol dan dadah kokain juga ditemui dalam darah Allen.
Kakitangan Zoo Denver mengesahkan terdapat aduan mengenai penderaan haiwan yang difailkan terhadap Allen di hujung 80-1n apabila dia melatih perkhidmatan menunggang unta dan seekor gajah di bandar itu.
Kejadian yang menimpa Tyke ini mengingatkan kita bahawa perosak muka bumi ini tidak lain tidak bukan ialah manusia. Semata-mata memberi hiburan kepada kita, haiwan seperti Tyke telah dipisahkan daripada ibu dan kumpulannya untuk diseksa agar patuh dan mempersembahkan pelbagai aksi di pertunjukkan sarkas.
Gajah seperti Tyke memberontak dan akhirnya meletus seperti gunung berapi yang menyebabkan kehilangan nyawa.
Semasa Tyke ditembak, ada yang menangis melihatnya di tepi jalan. Ini tidak mengubah hakikat bahawa Tyke telah mati tetapi perubahan boleh bermula apabila kita semua mempunyai kesedaran.
Apa yang kita boleh buat ialah, boikot sebarang bentuk perusahaan yang mempergunakan haiwan untuk hiburan. Kalau nak tengok sarkas, jangan tengok yang ada haiwan. Kalau nak melancong, elakkan dari menunggang sebarang jenis haiwan. Apabila tiada permintaan, maka tiada penawaran. Dengan itu, tidak akan ada lagi Tyke yang lain di masa akan datang.
So naturally, mereka juga mahukan kebebasan, hidup dengan keluarga serta dihormati seperti kita.
from The Reporter https://ift.tt/2IjNee6
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment