Klip video kejadian yang viral di media sosial menunjukkan roda Ferris berkenaan berpusing pada kelajuan tinggi sehingga menyebabkan skru pada salah sebuah pengangkutan itu tercabut dan mangsa terjatuh ke tanah.
Enam lagi mangsa termasuk tiga kanak-kanak dilaporkan cedera dalam kejadian di daerah Anantapur, Andrhra Pradesh, India, malam Ahad.
Difahamkan, pesta fun fair itu dianjurkan oleh sebuah kolej tempatan dan dikunjungi oleh ramai warga tempatan yang mahu menaiki roda Ferris tersebut terutamanya pada hujung minggu.
Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Umum Anantapur.
Menurut saksi kejadian, mereka mendapati skru pengangkutan roda Ferris itu longgar dan memaklumkan perkara itu kepada pengendali mesin berkenaan. Malangnya petugasnya tidak mengambil sebarang tindakan untuk membaikinya.
Ekoran kejadian itu, petugas mesin berkenaan diserang dan dibelasah oleh orang awam sebelum diselamatkan dan diserahkan kepada pihak polis.
Lapor media tempatan, India.com, petugas berkenaan gagal melaksanakan tugasnya dengan baik kerana dia mabuk pada ketika kejadian itu berlaku.
from The Reporter https://ift.tt/2KZlARi
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment