Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim dalam sidang media khas SPR yang diadakan di ibu pejabatnya sebentar tadi mengumumkan keputusan terkini Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
Menurut Mohd Hashim, tiada parti yang memenangi majoriti mudah.
Keputusan setakat jam 1.42 pagi menunjukkan Barisan Nasional mendapat 67 kerusi, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendapat 14 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat 80 kerusi.
Manakala bagi beberapa parti di Sabah dan Sarawak menggunakan lambang parti sendiri iaitu Democratic Action Party (DAP) mendapat 9 kerusi, Warisan mendapat 2 kerusi, Parti Solidariti mendapat satu kerusi dan Bebas mendapat tiga kerusi.
Mohd Hashim berkata, pihaknya akan memaklumkan lagi keputusan terkini sebaik saja mendapat keputusan PRU14 secara berperingkat.
from The Reporter https://ift.tt/2IrF7vW
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment