Dalam sidang media khas Pakatan Harapan (PH) sebentar tadi, bakal Perdana Menteri Ke-7 Malaysia, Dr Mahathir Mohammad berkata, bersempena dengan kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), beliau akan meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengumumkan cuti selama dua hari iaitu Khamis dan Jumaat.
Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mengumumkan keputusan rasmi PRU14, Mahathir berkata, dari segi majoriti PH telah mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.
Difahamkan, Mahathir akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pagi nanti. Menurutnya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan akan diberikan pengampunan dan sama ada akan dilantik sebagai senator atau bertanding dalam pilihan raya bagi membolehkannya dilantik sebagai perdana menteri.
Sementara itu dalam Sidang Media Khas SPR mengumumkan keputusan PRU14 bagi DUN Kedah, BN menang 3 kerusi, PAS menang 15 kerusi dan PKR 18 kerusi menjadikan PKR atau Pakatan Harapan dapat membentuk kerajaan baharu di negeri itu.
from The Reporter https://ift.tt/2rwEGqy
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment