Home » , » 'Poligami nak muliakan janda, last-last isteri pertama jadi janda' - Pesanan lelaki ini kepada golongan suami tentang poligami benar-benar deep

'Poligami nak muliakan janda, last-last isteri pertama jadi janda' - Pesanan lelaki ini kepada golongan suami tentang poligami benar-benar deep

shamsulazlan | 18:29 | 0 comments

Isu Intan Liana Saleh yang dilaporkan bakal diceraikan oleh suaminya yang juga merupakan suami kepada pelakon Izreen Azminda, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Namun pandang dari Putera Nur Muhammad Raihan ini sangat mendalam dan patut dihadam oleh golongan lelaki sama ada bakal berkahwin atau sudah berkahwin.

Hal poligami atau berkahwin lebih dari satu bukanlah satu isu yang boleh dibuat bergurau. Terkadang ia boleh mengguris hati isteri yang selama ini telah banyak berkorban pada suami. Di wajah isteri mungkin masih mampu mengukir senyuman atau gelak ketawa, namun jauh di dalam hatinya pasti terasa pedih menusuk dan menikam.

Baca dan fahamilah apa yang cuba disampaikan oleh lelaki ini, agar anda lebih menghargai pasangan anda selepas ini. Sayangilah isteri, bahagiakanlah isteri, manjakanlah isteri, dan setialah pada yang satu. Semoga bermanfaat.

POLIGAMI nak muliakan janda, last-last isteri pertama jadi janda. Kita ini orang lelaki suka bercakap tentang poligami ini adil lah, diharuskan lah dan macam-macam. Kalau berhujah tu, segala kitab keluar. Tetapi pengalaman berpoligami itu sendiri jadi duta keadilan, akhirnya menjadi begini. 

Poligami itu tidak salah, yang salah itu adalah pelakunya. Iyalah, balik-balik begitu juga ceritanya. Masa nak berpoligami, semua segala bapa keadilan dia mampu. Bila sudah dapat, terjadi pula begini. 

Yang ini kita nampak, tak tengok pula yang poligami tetapi terus wanita dalamnya menjadi mangsa ketidakadilan, pemerasan dan macam-macam masalah rumah tangga. Yang ini kena tutup lubang ni. Ada sampai tahap isteri kedua kena membantu nafkah isteri pertama dan sebaliknya, macam-macam. 

Saya yang sudah berkahwin ini pun tak mampu nak menyediakan hak isteri saya yang saya janji menggunung sebelum berkahwin. Kalau saya bergurau tentang madu, tentang poligami, tentang awek, pedih kena sindir dengna isteri saya. 

"Janji awak sebelum kahwin pun tak tertunai, ada hati nak bergurau tentang madu?"

Kata-kata itu sampai bila-bila saya akan ingat. Kadang-kadang ratap muka isteri tu, kita ini terlampau over bergurau tentang isu-isu seperti ini? Terus saya jengah banyak kali di dapur. 

Saya ini boleh dikira sebagai lelaki yang tegas. Isteri tertinggi suara saja, sedas saya bagi bahasa saya. Tetapi bila dia cakap seperti itu, di depan bapa mertua saya pula pada masa itu, memang rasa terjatuh jugalah maruah saya. Tetapi entah kenapa saya rasa betul-betul dia cakap apa yang terbuku di hati dia.

Kejap-kejap saya tengok dia di dapur, manalah tahu kalau dia tertumpah air mata dek gurauan saya itu. Buat lawak bodoh di dapur, nyaris makan pisau. Sebab tak nak isteri saya pendam sedih dengan kata-kata saya yang bagi saya sendiri pun melampau sangat. Padahal bergurau tentang madu asli yang dibawa balik oleh abang ipar. 

"Sedap ke madu ni yunk?" tanya isteri. 

"Fuhh, madu sayang, mana tak sedapnya. Lelaki paling suka madu," selamba saya jawab dan tekan-tekankan ayat itu. 

Entahlah, tengok dia uruskan hal saya macam-macam. Dia sanggup mengikut saya keliling taman mencari pelanggan. Kulit pun dah hitam, sampai isteri saya sunburn. Masak, mengemas dan macam-macam lagi dia buat. 

Kadang-kadang saya tanya, "Awak penat ke uruskan saya?" 

Tak pernah dia cakap penat. Dia cakap, "Pahala saya di akhirat, jangan minta kongsi ye. Saya punya seorang."

Kesimpulan yang saya faham, perempuan ini awak suruhlah dia buat apa pun dia buat, dia taat. Awak marah dia buat salah, dia terima dan dia akur. Kejap lagi dia menangis, dia okeylah tu. Tak pernah tengok dia berdendam atau merajuk lama. 

Tetapi jangan sesekali awak sebut tentang nak menduakan dia ke, tentang awak nak kahwin lain ke, sindir atau bergurau tentang poligami kalau tidak mahu keesokan harinya awak makan nasi jadi masin, baju seluar awak koyak, kereta meragam, tiba-tiba tersadung dalam bilik air, senang cakap awak rasa rumah jadi suram saja. 


Itu yang saya post tentang cari pelam itu semalam, sebab nak mengambil hati isteri yang sudah mengidam lama tetapi saya abaikan. Nak pujuk dialah ni. Jadi lain macam. Tengok muka isteri awak pun akan jadi kelat. Rasa bersalah itu, Ya Allah.

Mungkin sebab saya tak ada perempuan yang nak dikejar. Jadi saya nampak rasa apa yang saya rasa. Tetapi tak tahulah bagi orang-orang lelaki yang memang tengah seronok pasang dua tiga itu. Pernah tak tengok wajah isteri yang mula-mula dulu, mesti awak akan rasa lain. 

Bagi saya, kepuasan itu ada pada seorang sahaja. Tapi awak nak mencari kepuasan sampai empat kononnya lagi ramai lagi bahagia. Tetapi bagi saya, awak cuma merobek kebahagian yang penuh pada wajah isteri awak yang asal. Awak cuma tampal-tampal dan tampal membahagikan kepada bahagian-bahagian. Kalau isteri ada dua, dia setengah-setengah. Kalau empat, suku-suku.

Jadi kepuasan awak tetap satu. Sebab isteri awak yang asal akan hilang separuh wajah kebahagiaan rumah tangga yang dia bina bersama awak, apabila awak pergi serahkan hati awak separuh kepada wanita lain. 

Jadi itulah ironiknya. Awak takkan dapat lebih kebahagiaan itu sebab kebahagiaan itu awak yang cipta pada wajah seorang isteri. Awak pimpin dan awak yang mencoraknya. Sebab itu orang yang berpoligami tujuannya menambahkan kebahagian sendiri. Bukan untuk anak, bukan untuk sendiri. Cuma untuk alasan kepentingan diri.

Tetapi dalam retorik itu, awak cuma memecahbelahkan, menjadi pecahan atas tangan awak sendiri. Sampai bila-bilalah apa yang awak cari takkan jumpa. Selamatlah bagi kita orang-orang lelaki hendaknya menjadi duta poligami yang berjaya. 

Di akhir zaman ini, kita lagi nak ikat isteri kita di rumah. Kita pula duduk meligat di luar bila ikat isteri di rumah. Kita pula pergi menjerat leher kita, menambah lagi masalah yang orang tua ibarat madu itu sinonim dengan poligami. 

"Habis madu sepah dibuang"

Bagi saya secara peribadi, tidaklah menolak poligami. Tetapi saya antara anak dari perpecahan sebuah keluarga. Tak pernah berdendam, yang saya cari cuma seorang pasangan yang saya redha akannya dan dia redha akan ku sebagai seorang suami. 

Bayangkan kalau seorang isteri itu dia akan dakap awak, cium awak, sayang belai awak sampai awak jadi rimas, dengan alasan dia suka bau awak, suka hangat tubuh badan awak. 

Tiba-tiba mulai esok dia siapkan makanan awak, lalu dia berlalu pergi. Lalu awak minta hak awak sebagai suami. Dia beri tetapi dia membatu, keras kayu. Dia biarkan dirinya menjadi tempat kepuasan, tetapi dia tidak lagi seperti dulu dan awak merasai itu. Dia tidak semanja dulu. Sebab dalam diri awak punya orang lain. Bau setiap inci sudah sebati berkongsi dengan wanita lain. 

Saya rasa awak faham tentang itu, bagaimana rasanya bila isteri mula tidak redha dengan awak. Hanya menjadi boneka yang tak berhati sanubari. Dan saya rasa awak tidak endah mahupun kisah. 'Papp!', ambil phone, ambil kunci kereta dan awak pergi. Mulalah merayu pada wanita lain. 

"Isteri saya tidak menjaga kebajikan saya. Hanya berkahwin untuk kepuasan seorang. Seolah-olah saya dipaksa, dirantai untuk memberinya nafkah dan kewajipan saya sebagai suami. Saya sunyi, isteri saya ibarat boneka."

Lalu sebati adunan rayuan itu menjadikan wanita lainnya dikalung kasihan. Merampas atas kerana ingin menjadi wanita yang lebih baik kayaknya. Tetapi lihat gambar di bawah ini. Rasa wajah yang sepatutnya awak beri penuh kasih dan sayang. Tetapi awak hukum dia atas tangan angkara awak meletakkan poligami untuk kepuasan hakiki awak sebagai telat. Telat masa yang buas. 


Lihat wajah bahagianya dulu, suci, bersih, natural. Senyum tak perlu tepek bedak sudah mampu membuat awak meleret senyuman. 

"Cantiknya isteri saya.."

Tapi wajah derita awak beri dan dengan alasan kukuh, awak mula tiada hati dengan si tua sepah dibuang ini. 

Saya tidak mahu orang maki hamun apa yang terjadi, marah, cuma masing-masing kena ingatkan pasangan masing-masing. Kita ada rumah tangga kita yang perlu dijaga. Hari ini kita cakap orang, tetapi keluarga kita pula yang kena. Ada pula ahlinya yang begitu. Kita pesan-pesanlah supaya fahami. Lelaki kan tugasnya melindungi. 

Kadang sedih, di manalah Intan nak beradu kasih dan tempat mengadu kalau selama ini di bahu suami. Kalau kakaknya, mungkin kakaknya hanya mampu cakap sabar. Tetapi kakaknya masuk bili peluk suami. Tetapi Intan dengan peluk anak-anak. 

Nak menangis, tetapi kena sabarkan anak-anak dulu. Mesti takut nak keluarkan air mata sebab takut nampak lemah di depan anak-anak.

"Dalam kitab munakahat mengunjurkan poligami"

Paapp! Tutup sekejap bang sebelum nak bercakap lebih lanjut tentang agama. Minta abang pandang sebentar wajah isteri yang akan menjadi bahan permainan ini. Yang akan diletak di tengah-tengah dan ditendang seperti bola nanti. Pandang dan usap ubun-ubun anak-anak yang akan celik mata dari tidur. Ayah sudah tiada, ayah sibuk membina masjid yang lain. 

Ingat di masa akan datang bang, anak ini yang akan memberontak. Yang akan berteriak pada abang. 

"Bapak tak guna. Dulu masa sihat, sibuk dengan betina. Duit habis kat perempuan sana sini. Dah tua dah tak boleh jalan, menyusahkan anak-anak pula. Isteri muda bila ayah dah sakit, campak di sini.

"Masa kecil, ayah abaikan kami. Sekarang ayah minta hak ayah dibelai dan diberikan perhatian??" 

Tetapi sejujurnya saya, hati nurani saya ini anggap saya berada di liga yang berbeza. Mungkin latar belakang keluarga saya yang berbeza untuk saya menghargai sebuah keluarga bahagia yang saya pimpin sendiri, yang saya boleh ubah sendiri dan boleh corak sendiri.

Bagi saya, dapat isteri ramai itu memanglah rezeki. Tetapi seperti awak dapat rezeki yang banyak dari orang lain. Awak kena dermakan, jadi dapat kesempatan Allah beri kelebihan dapat banyak perempuan ajak kahwin itu. Dermakanlah wanita-wanita itu kepada orang lain. Cukuplah seorang isteri. Jangan muda rasa itu kelebihan satu takdir. 

Dalam rezeki kita itu ada sebahagiannya bukan milik kita. Keluarkan untuk diberi kepada orang lain. Dalam keadaan yang baik-baik hendaknya. 

Terima kasih atas sebuah pengalaman ini. Bertabahlah mak, bertabahlah wahai isteri, bertabahlah awak sebagai wanita. Saya lelaki sangat bersimpati.



from The Reporter http://ift.tt/2CRf3Ui
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger