Home » , » 'Mohon pasar raya jangan letak Kinder Joy di kaunter, anak berguling-guling kami yang tanggung malu'

'Mohon pasar raya jangan letak Kinder Joy di kaunter, anak berguling-guling kami yang tanggung malu'

shamsulazlan | 06:03 | 0 comments

Viral di media sosial surat terbuka seorang bapa kepada pihak pengusaha pasar raya yang merayu agar tidak lagi meletakkan barangan berupakan telur Kinder Joy di setiap kaunter bayaran. 

Tidak dinafikan telur Kinder Joy yang berisi mainan ini sangat mahal dan amat digemari oleh kanak-kanak. Hampir setiap kali berkunjung ke pasar raya, pasti ada diletakkan berhampiran dengan kaunter. 

Apa yang menariknya ialah, ramai ibu bapa yang menyokong tindakan Remy Jali itu kerana mereka juga sering mengalami masalah yang sama seperti anak berguling-guling di kaunter kerana tidak puas hati tidak dibelikan barangan berkenaan. 

KEPADA semua pasar raya Malaysia, permohonan untuk tidak meletakkan natang ini di kaunter. 

Merujuk kepada perkara di atas, saya wakil kepada bapa-bapa di seluruh Malaysia memohon agar pihak tuan dapat meletakkan barangan seperti yang ditunjukkan dalam gambar ke tempat lain selain di kaunter. 

1. Ini adalah kerana kami bapa-bapa tidak mampu untuk melayan karenah anak yang sangat menginginkan natang ini sehinggalah terjadinya episod guling-guling di depan kaunter yang juga menyebabkan kami berasa malu. 

3. Selain daripada harga yang sangat mahal yakni bersamaan dua pek minyak masak, natang ini juga tidak memberi manfaat kepada anak-anak kami. Pihak tuan bolehlah dah kaya nak beli banyak-banyak pun tak ada hal. Saya ini cuma pencacai yang bergaji rendah, yang mampu membeli mainan di kedai RM2 dan itu pun bergetar tangan nak membayar. 

4. Pihak tuan fikirkanlah, takkan setiap kali saya berbelanja nak kena beli natang ini juga? Anak saya ada dua orang. Kalau beli dua tambah lagi RM3 dah dapat beras 5 kilogram. Boleh juga buat makan sebulan. 

Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan serta merealisasikan impian saya yang juga impian setiap golongan bapa di negara ini. 

Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai. 

Sekian, 

Bapa yang bengang. 


Sementara itu netizen dari golongan ibu bapa juga meluahkan rasa yang sama dan menyokong sepenuhnya usaha Remy mendesak pihak pasar raya tidak lagi meletakkan barangan itu di kawasan kaunter. 

"Kami sokong! Susah hati nampak benda itu. Kes nak benda dalam itu saja, makannya tak pun, membazir," kata Ibu Aleesya. 

"Selalu anak menangis nak benda ini. Dukung bawa lari saja. Tetapi ayah mereka suka beli. Saya rasa membazir yang amat sebab harganya mahal." kata Cik Meli Mohamad. 

"Anak saya kalau nampak benda alah ini memang tak berkalih. Tetapi saya bagi opsyen pada dia nak mainan di kedai RM2 atau nak mainan kecil yang tka berbaloi tetapi mahal itu? Selalu dia pilih mainan RM2. Jadi, untuk dua orang baru RM4," kata As Maya. 

Ada juga netizen mencadangkan agar ibu bapa teruskan membeli benda itu untuk anak-anak mereka sehingga suatu masa kelak mereka akan berasa bosan dan berhenti dari membelinya. 


from The Reporter http://ift.tt/2FeEpBu
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger