Video dimuat naik Siti Zaharah pada jam 9.16 pagi tadi itu kini telah 362,000 kali dan dikongsi 12,430 netizen di Facebook.
"Anak emak bersemangat dah nak ke sekolah. Tetapi kena harungi jambatan yang canggih ini. Dah setahun, tak ada perubahan langsung. Jambatan Gantung Pamah Aur Bukit Betong, Kuala Lipis," tulis wanita berkenaan.
Siti Zaharah juga memaklumkan, ada jalan lain yang boleh digunakan mengambil masa perjalanan sejauh 40 minit. Namun jalan itu tidak dapat digunakan kerana telah ditenggelami air.
"Ini saya, kalau penduduk lain, tak dapat pula saya nak videokan," katanya mengakui dua beranak dalam video itu adalah suami dan anaknya.
Berdasarkan laporan sebuah portal berita pada 11 November lalu, jambatan gantung sepanjang 200 meter yang menghubungkan Kampung Pamah Aur dan Kampung Beriang itu akan digantikan dengan jambatan konkrit yang lebih kukuh.
Jambatan gantung yang dibina sejak awal 1980 itu digunakan oleh penduduk sebagai laluan alternatif kerana ia menjimatkan masa. Namun jambatan itu rosak teruk akibat dihempap sebatang pokok besar yang tumbang ketika hujan lebat dan angin kencang awal tahun ini.
Jambatan itu dibaik pulih semula dengan kos RM200,000 yang ditanggung RISDA dan siap pada awal September lalu.
Difahamkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai telah memohon peruntukan sebanyak RM3.5 juta dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membina jambatan konkrit.
Sementara itu di media sosial, netizen menasihatkan ibu bapa tidak perlu mengambil risiko yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Sebaliknya tunggu laluan utama dibuka semula untuk kenderaan.
Minta tolong jangan gunakan jambatan itu. Jambatan itu tunggu masa nak roboh saja. Bahaya dan tolong utamakan nyawa. Biarlah tak dapat pergi sekolah daripada mengambil risiko seperti ini." - Ha Fizan
"Keselamatan anak lebih penting dari sekolah itu puan. Kita sebagai ibu bapa mesti utamakan keselamatan anak-anak." - Anna Muziyana
from The Reporter http://ift.tt/2C9WHxY
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment