"Tidak sangka kecuaian saya menggunakan ubat titis telinga secara berterusan bagi merawat mata menyebabkan saraf mata rosak, malah saya kini cacat penglihatan," demikian kata ibu tunggal, Sabiah Rabion, 70.
Menurut Sabiah yang kini tinggal berseorangan di Jalan Bali 1/2, Bandar Baru Uda berkata, dia hilang penglihatan kedua-dua belah mata akibat kecuaian dirinya sejak enam tahun lalu. Keadaan itu juga telah menjejaskan rutin hariannya termasuk mengemas rumah serta memasak.
"Saya ada seorang anak lelaki dan dia meminta saya tinggal bersamanya. Tetapi saya enggan kerana tidak mahu membebankannya. Dia yang sudah berumah tangga mahupun ahli keluarga lain termasuk adik lelaki saya serta jiran kerap mengunjungi saya, malah prihatin dengan keadaan yang saya alami," katanya.
Meskipun cacat penglihatan, Sabiah masih melakukan kerja-kerja rumah bersendirian dan memasak. Namun jauh di sudut hatinya masih berharap agar daya penglihatannya dapat pulih kembali bagi menjalani kehidupannya seperti yang sebelumnya.
"Saya juga mahu bermanja dengan cucu dan ingin menyediakan juadah istimewa kepada mereka. Anak dan adik lelaki masih tidak berputus asa membawa saya ke klinik mata, doktor pakar mahpun tradisional kerana mahu saya sembuh. Semoga Tuhan memakbulkan doa dan usaha kami," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2DRxrwS
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment