Home » , » Ibu beri peringatan, jangan mudah biarkan anak dicium sesuka hati selepas anaknya dijangkiti Herpes Simplex

Ibu beri peringatan, jangan mudah biarkan anak dicium sesuka hati selepas anaknya dijangkiti Herpes Simplex

shamsulazlan | 01:30 | 0 comments

Baru-baru ini seorang wanita memuat naik status peringatan kepada orang ramai khususnya golongan ibu bapa agar berhati-hati agar tidak membiarkan bayi mereka dicium sesuka hati, selain berkongsi peralatan makanan.

Kammy Dou yang berasal dari Taiwan itu mendedahkan, bayinya dijangkiti virus yang menyebabkan timbul ruam teruk di wajah anaknya itu.

"Anak saya mula mengalami ruam-ruam merah kecil di mulutnya dan keesokan harinya, ruam itu bertambah semakin banyak. 

"Saya terus membawa dia berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Doktor berkata, anak saya mungkin terkena beberapa jangkitan dan diberikan ubat-ubatan biasa sahaja. 

"Bagaimanapun, keadaan ruam di mulutnya tidak menunjukkan sebarang perubahan positif, malah semakin bertambah dari masa ke semasa. Doktor kata, keadaan itu mungkin disebabkan bakteria atau virus dan doktor memberi ubat antibiotik dan krim sapuan untuk anak saya. 

"Malangnya keadaan bayi saya masih sama dan menjadi semakin teruk.  membuatkan saya menjadi semakin risau," katanya. 

Kammy kemudian pergi berjumpa dengan beberapa doktor untuk bertanyakan keadaan anaknya itu. Akhirnya bayi itu dibawa ke hospital dan doktor mengambil sampel darahnya bagi mengenalpasti punca penyakitnya itu. 


Oleh kerana pihak hospital tidak dapat mengesahkan sama ada penyakit bayi itu disebabkan bakteria atau virus, doktor tidak mempunyai pilihan terpaksa menyuntik dua jenis ubatan pada bayi berkenaan. 

"Suntikan itu benar-benar membuatkan anak saya menderita. Saya sangat sedih melihat keadaannya. 

"Akhirnya keputusan ujian makmal mendapati anak saya dijangkiti penyakit herpes simplex. Selepas diberi rawatan dan seminggu berada di hospital, akhirnya saya dibenarkan membawa anak saya pulang," katanya. 

Kammy membuat kesimpulan bahawa bayinya mendapat jangkitan virus itu akibat bersentuhan dengan orang dewasa yang membawanya. 

Menurutnya, adakalanya virus itu tidak mempunyai simptom pada orang dewasa, tetapi bagi bayi yang mempunyai sistem imun yang lemah, ia akan menjadi sesuatu yang menyeksakan. 

Oleh itu, Kammy memberi amaran kepada ibu bapa di luar sana untuk berhati-hati dan memastikan bayi mereka tidak dicium di bahagian muka kerana berisiko untuk dijangkiti virus tersebut. 


from The Reporter http://ift.tt/2CEAyt1
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger