Home » , » Dibunuh Suami Kerana Cemburu

Dibunuh Suami Kerana Cemburu

shamsulazlan | 02:44 | 0 comments

Seorang wanita maut selepas dipercayai dibunuh suaminya di sebuah ladang sawit di Kuala Baram, Miri, Sarawak, pada malam 1 Mei.

Memetik satu media tempatan, mangsa yang dikenali sebagai Ria, 24 tahun dipercayai mati ditikam menggunakan ‘bidik’ di dada sebanyak dua kali.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, suspek ditahan di ladang yang sama apabila menerima laporan daripada pekerja ladang.

“Siasatan mendapati kejadian tercetus apabila suspek cemburu dengan sikap isterinya yang curang,” katanya.

Jelasnya, dalam kejadian lewat tengah malam itu, suspek dikatakan terserempak dengan isterinya bersama seorang lelaki warga Indonesia di sebuah rumah lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

The post Dibunuh Suami Kerana Cemburu appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2p4CsKZ
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger