Home » , » Bayi 3 bulan maut tercampak keluar dari kereta

Bayi 3 bulan maut tercampak keluar dari kereta

shamsulazlan | 17:37 | 0 comments

HULU SELANGOR - Seorang bayi lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dinaiki bersama keluarganya, dalam kemalangan di Kilometer 433.8 Lebuh raya Utara Selatan, berhampiran Bukit Beruntung, pagi semalam. 

Mangsa, Aril Rizqin Redza Sharil disahkan meninggal dunia jam 2.30 petang, sejam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB). 

Lapor Berita Harian, kenderaan keluarga mangsa terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain, menyebabkan pasangan itu dan dua abang mangsa cedera ringan. Pemandu Proton Persona juga mengalami kecederaan ringan. 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila pemandu Proton Persona yang memandu di lorong tengah mendakwa panik selepas merasakan kenderaannya dihimpit dari kiri menyebabkan dia segera bertukar ke lorong kanan. 

Tindakannya itu menyebabkan kenderaannya hilang kawalan lalu berpusing ke arah bertentangan dan melanggar penghadang di tengah lebuh raya. 


"Pada masa yang sama, Perodua Axia yang turut berada di lorong tengah dihimpit sebuah kenderaan di lorong kanan menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas ke longkang di kiri lebuh raya. 

"Kejadian itu menyebabkan isteri dan anak bongsu mangsa berusia tiga bulan tercampak keluar dari kenderaan. 

"Bayi itu cedera parah dan meninggal dunia kita menerima rawatan di HSB," katanya. 

Supramaniam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkuatan Jalan (APJ) 1987. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2qqxLAA
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger