Elizabeth Tan memberitahu hubungan cintanya bersama kekasih sudah putus selepas empat bulan bercinta. Malah dedahnya lagi, hubunga mereka putus akibat hadirnya orang ketiga.
“Saya sebak apabila bercerita mengenai isu ini kerana saya meminggirkan keluarga demi cinta, namun apa yang berlaku membuka mata saya. Syukur kerana keluarga menerima saya. Tempoh percintaan sepanjang empat bulan itu cukup mematangkan diri saya selepas kerap berdepan pelbagai cabaran”
“Saya tidak nafikan dia curang. Saya enggan dikaitkan lagi dengan dirinya atau mana-mana pihak. Buat masa ini, saya lebih selesa untuk memberi fokus pada kerjaya,” katanya kepada Berita Harian Online.
Manakala pada minggu lalu pula kecoh apabila program Melodi menyiarkan gosip panas mengenai seorang selebriti wanita yang didakwa merupakan punca perpisahan hubungan cinta diantara Lizzy dan kekasihnya itu. Bagaimanapun, Lizzy tidak mendedahkan identiti wanita terbabit.
Terdahulu, Lizzy pernah menafikan gosip yang bertebaran mengatakan dirinya dan ahli perniagaan yang juga berbangsa Melayu itu bakal mendirikan rumah tangga. Namun pada ketika itu, tidak pula Lizzy mengakui jejaka terbabit kekasihnya, tiba-tiba sahaja sudah putus pula. (rtky/w)
The post Elizabeth Tan Putus Cinta Kerana Kekasih Curang Dan Terdapat Kehadiran Pihak Ketiga appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2qpOP9V
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment