Dalam memperlihatkan teladan yang positif, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memohon maaf kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis kerana melanggar peraturan jalan raya – membonceng motosikal tanpa menggunakan topi keledar.
Dalam permohonan maaf yang dibuat menerusi FB, kata Zulkifli, beliau terpaksa berbuat demikian kerana terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur semalam.
“Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar sebentar tadi (semalam).”
Gambar beliau membonceng turut mengiringi permohonan maaf yang dibuat.
Semalam adalah hari melihat anak bulan. Umat Islam di Malaysia berpuasa mulai hari ini.
Dalam mesej yang dimuat naik lewat petang semalam, kata beliau: “Memandangkan jalan raya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis kerana terperangkap di jalan raya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini.”
Dalam pada itu , Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tidak perlu meminta maaf kerana membonceng motosikal tanpa menggunakan topi keledar, ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Datuk Seri Nadzri Siron berkata, Zulkifli tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana terdapat pengecualian dalam isu pemakaian topi keledar apabila ia berkaitan dengan agama.
“Isu minta maaf tidak timbul sebenarnya, sebab akta kita beri pengecualian. Siapa yang pakai serban dan mereka yang ada kaitan dengan agama dibenarkan (tidak memakai topi keledar).
“Mungkin isu tersebut tersebar menyebabkan Zulkifli meminta maaf. Tetapi sebenarnya tidak ada apa-apa kesalahan. Malah, kalau ada operasi dilakukan, kita boleh kecualikan,” katanya kepada FMT hari ini.
Mengikut Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 di mana kelonggaran diberikan kepada mereka yang memakai serban seperti haji, lebai dan kaum Sikh.
Menerusi kenyataan di Facebook, Zulkifli menjelaskan insiden itu berlaku kerana beliau terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada Jumaat petang.
“Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar sebentar tadi (semalam).”
“Memandangkan jalan raya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis kerana terperangkap di jalan raya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini,” kata Zulkifli.
The post Mufti Tidak Bersalah Membonceng Motosikal Tanpa Menggunakan Topi Keledar appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2s3TfR4
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment