Oi…manusia sekalian…sifat kesabaran hilang kemana?
Menurut Moretify, seorang wanita muda yang bernama Ann telah berkongsi video di Facebooknya untuk mempamerkan bagaimana beliau dan rakan-rakannya dibuli oleh sekeluarga Melayu selepas slot tempat letak kereta yang lama ditunggu-tunggu di rampas oleh keluarga itu.
Mengikut Ann, dia telah lama memberi signal untuk masuk slot itu. Walau bagaimanapun, pemandu Melayu yang datang selepas beliau terus memasuki tempat letak kereta itu tanpa ragu-ragu.
Ann yang tidak tahan dengan tindakan kurang ajar beliau, terus menurunkan tingkap keretanya untuk menegur pemandu Melayu itu. Walau bagaimanapun, apa yang dia dapat dari pemandu Melayu adalah satu balasan sombong, di mana dia menyuruh Ann untuk mencari satu lagi tempat letak kereta.
Apa yang membuatkan kejadian itu lebih dramatis apabila salah seorang daripada wanita Melayu dalam keluarga itu mencarut kepada Ann dan rakan-rakannya yang masih duduk dalam kenderaan. Ann dan rakan-rakannya tidak melawan tetapi mula mengambil video untuk dibawa sebagai bukti mereka telah dibuli oleh keluarga itu.
Dan yang paling kurang ajar sekali, seorang wanita Melayu itu mula menanggalkan kedua-dua belah kasutnya dan mula membaling ke kereta Ann. Amboi kak, saya rasa Ann dan kawan-kawannya tidak memerlukan kasut akak. Beradap sikit la, kak! Memalukan bangsa je tau…
Sekarang mari kita menonton video yang mengambil oleh Ann ketika dia dibuli oleh keluarga Melayu. Anda pasti akan merasa jengkel semasa menonton video ini. Cuba bayangkan jika anda Ann, apa yang anda akan lakukan?
The post “Kasut Pun Kena Baling!” – Habis Drama Di Tengah Jalan Selepas Sekeluarga Warga Melayu ‘Rampas’ Tempat Letak Kereta Orang Lain! appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2sghX0t
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment