Home » , » 'Saya pijak dia kerana dia ludah hotdog yang dibelikan untuknya' - Ibu

'Saya pijak dia kerana dia ludah hotdog yang dibelikan untuknya' - Ibu

shamsulazlan | 19:00 | 0 comments

HANGZHOU, CHINA - Video seorang ibu memijak anak perempuannya berusia dua tahun di tempat awam pada 9 Mei lalu, mengundang kemarahan orang ramai dan 100 laporan polis telah dibuat terhadapnya. 

Bagaimanapun, Huang Xiao Xiao, 36, tampil memberi penjelasan mengapa dia berbuat demikian dalam kejadian yang berlaku di daerah Xiaoshan, wilayah Zhejiang. 

Huang berkta, dia kecewa selepas gagal mendapatkan pekerjaan pada hari kejadian itu. Dengan baki wang 20 yuan (RM12), dia membelikan sosej untuk anaknya. Namun anaknya kemudian meludah kembali makanan itu, mungkin kerana panas atau tidak suka dengan rasanya. 

Berang dengan tindakan anaknya itu, Huang kemudian menolak dan memijak anaknya di khalayak ramai. 

Difahamkan, ibu tunggal dari Hunan itu tinggal di jalanan bersama anak perempuannya selepas mereka berpindah keluar dari rumah ibu bapanya. 

Bertambah malang, Huang gagal mendapatkan pekerjaan kerana majikan enggan mengambilnya bekerja selepas melihat anaknya itu. 

Huang mengaku, dia sering hilang pertimbangan dan adakalanya melepaskan tekanan kepada anaknya, namun sentiasa berasa menyesal selepas melakukannya. 

"Jika ada makanan, saya akan beri makanan kepada anak terlebih dahulu dan saya hanya akan minum air sahaja," katanya. 


Berdasarkan video viral tersebut, anak perempuannya meniarap di jalan sambil menangis, sementara ibunya bertikam lidah dengan orang awam yang menegur tindakannya itu. 

Seorang lelaki yang cuba memujuk atau membantu kanak-kanak itu kemudian ditolak oleh wanita terbabit sebelum memijak belakang anaknya. Tindakannya itu menimbul rasa tidak puas hati orang di sekeliling.

Lapor Asia News Network, Huang mempunyai dua orang anak. Semenjak melahirkan anak perempuannya itu, Huang mengalami kemurungan. Keadaan bertambah buruk lagi apabila Huang berpisah dengan suaminya yang juga diberi hak penjagaan untuk anak sulung mereka. 

Menurut pihak polis, organisasi kebajikan akan menghulurkan bantuan terhadap Huang dan anaknya. 

Bekas suami Huang dilaporkan akan memohon hak penjagaan anak perempuannya itu selepas menonton video viral berkenaan. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2qpnhwH
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger