HAMPIR tiga hari selepas menjulang Piala Europa bersama Manchester United di Sweden, pemain tengah, Paul Pogba bertolak ke Makkah untuk menunaikan umrah serta menyambut Ramadan.
Semalam, pemain berusia 24 tahun itu memuat naik video bersama bagasi di luar rumahnya di Manchester pada akaun Instagramnya.
Dalam status Instramnya, Pogba merakamkan kesyukuran buat musim ini dan berkata, “On my way to go say thank you for this season. See you soon Manchester! En route to my prayers.”
Hari ini, bekas pemain Juventus itu yang menjaringkan gol pembukaan Manchester United dalam kemenangan 2-0 ke atas Ajax memuat naik rakaman videonya memakai ihram ketika di hadapan Kaabah dengan ucapan, “Ramadan Kareem.”
Namun, Pogba tidak menyatakan tempoh beliau akan berada di Tanah Suci.
Sementara itu, Pogba dapat berehat daripada tugas Liga Perdana menjelang komitmen antarabangsa bulan depan, dengan enam perlawanan pra-musim United di Amerika Syarikat dan Norway.
Pemain Perancis akan kembali ke Old Trafford pada Julai di mana beliau dapat berganding bahu bersama Michael Carrick, yang menandatangani lanjutan kontrak baru selama setahun dengan United.
Ramadan Kareem Bon Ramadan #makkah #blessed
Dikirim oleh Paul Labile Pogba pada 27 Mei 2017
The post VIDEO : Manchester United Paul Pogba Sambut Ramadan Di Makkah appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2sbfaFj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment