MELAKA - Seorang bayi lelaki berusia setahun enam bulan mengalami pendarahan dalam otak akibat terjatuh dari buaian.
Dalam kejadian 23 Mei lalu, Muhammad Adam Hadiff Muhammad Faiz, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari buaian, petang hari kejadian, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan.
"Salam, minta jasa baik kawan-kawan doakanlah anak kami, Muhammad Adam Hadiff. Petang tadi telah jatuh dari buaian, tak sedarkan diri. Ada pendarahan di otak.
"Sekarang dalam perjalanan ke HKL untuk operate.," tulis bapanya, Faiz Madnan, di Facebook.
Menurut ibu saudaranya, Nur Hidayah, Muhammad Adam terjatuh dari buaian di taman permainan semasa ditemani ibunya.
Bagaimanapun, jam 7 pagi 24 Mei, Nur Hidayah memaklumkan Muhammad Adam sudah memberi tindak balas untuk bergerak.
"Alhamdulillah Adam Hadiff sudah bagi tindak balas untuk bergerak. Tetapi masih dalam keadaan tidak sedar," tulisnya.
Sementara itu di media sosial, netizen tidak putus-putus mendoakan agar Muhammad Adam Hadiff cepat sembuh. Kejadian itu juga dijadikan sebagai peringatan kepada ibu bapa yang lain agar berhati-hati dan sentiasa mengawasi pergerakan anak kecil mereka bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2r8qRPR
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment