Home » , » Blogger Terkenal Rusia Dijel Main Pokemon Di Gereja

Blogger Terkenal Rusia Dijel Main Pokemon Di Gereja

shamsulazlan | 03:38 | 0 comments

Pendakwa raya di sebuah mahkamah Rusia meminta hakim memenjarakan seorang penulis blog tempatan selama tiga setengah tahun kerana bermain Pokemon Go di dalam gereja.

Tertuduh iaitu Ruslan Sokolovsky didakwa cuba menyemai hasutan kebencian yang berbaur sentimen agama apabila sengaja memburu raksasa permainan itu, kata seorang pegawai kehakiman kepada agensi berita Reuters.

Blogger itu, pada Ogos 2016 menuat naik rakaman video dirinya bermain Pokemon Go dengan telefon pintarnya dalam gereja di Yekaterinburg, sebuah bandar raya di Sverdlovsk Oblast, kira-kira 1,788 kilometer dari Moscow.

Rumah ibadat suci penganut Kristian Ortodok itu dibangunkan pihak pemerintah tempatan sempena dengan lokasi tempat kaisar terakhir maharaja Rusia dan seluruh anggota kerabatnya dibunuh tentera merah Soviet pada 1918.

Menerusi video berdurasi selama lebih dua minit itu, yang berisi dengan kata-kata kasar mengejek agama tersebut, Sokolovsky turut menyamakan Jesus Christ sebagai suatu karakter raksasa dalam permainan realiti Pokemon.

Sokolovsky menyatakan bahwa dia telah memutuskan untuk melakukan permainan itu di gereja kerana pernah menonton berita yang melaporkan ramai turut berbuat demikian tetapi hanya dihukum denda atau dipenjara.

Tidak lama setelah video tersebut muncul, pihak pendakwa raya tempatan mengeluarkan dakwaan jenayah bahawa Sokolovsky secara sengaja telah menghasut kebencian berunsur agama dalam kalangan masyarakat Rusia.

Dakwaan itu sama seperti dikenakan terhadap kelompok punk band, Pussy Riot pada 2012 lalu kerana melakukan tunjuk perasaan di sebuah Gereja Katedral di Yekaterinburg untuk menentang Presiden Rusia, Vladimir Putin.

“Saya percaya, tidak ada alasan untuk membebaskan suspek daripada kewajiban untuk dipertanggungjawabkannya,” kata seorang pendakwa raya di sebuah mahkamah lewat Jumaat, seperti dilaporkan agensi berita tempatan TASS.

“Malahan tiada juga alasan untuk menghukumnya dengan sekadar membayar sejumlah denda. Saya meminta agar pihak hakim mempertimbangkan untuk menjatuhkan hukuman selama 3.5 tahun di dalam penjara bagi tertuduh.”

Pendakwa raya menambah, keputusan hakim yang ditunda bakal menimbulkan kesan besar terhadap masyarakat. Sokolovsky sebelumnya ditahan di pusat tahanan mahkamah dan ketika ini sedang berada dalam tahanan rumah.

“Saya terkejut. Saya pernah dijel tiga bulan, dan yang sekarang ini adalah pintu ke neraka. Saya tidak menganggap diri saya sebagai ekstremis, mungkin saya bodoh, tapi bukan pengganas,” kata blogger terkenal itu di mahkamah.

Leonid Volkov, seorang aktivis pembangkang terkemuka, mengecam sikap pendakwa raya sambil menyatakan bahawa hukuman terhadap seorang hanya kerana tulisan bebasnya menerusi media sosial itu terlalu keras.

“Ini semacam berada dalam neraka,” kata beliau lagi. Pihak mahkamah dijadualkan hanya mengeluarkan keputusan rasmi mengenai kes kontroversi tersebut pada 11 Mei nanti. – Agensi

The post Blogger Terkenal Rusia Dijel Main Pokemon Di Gereja appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2pDRwmN
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger