Seorang wanita yang didakwa melakukan hubungan terlarang dengan anjing jenis husky, menyalahkan haiwan peliharaan itu yang terlalu bersikap ingin tahu.
Christina Calello, 36, ditahan pada 2 Ogos lalu, bersama dengan bekas teman lelakinya, Geoffrey Springer, 39, yang ditahan pada keesokan hari.
Polis berkata, Springer menonton dan merakam Calello yang merelakan diri melakukan aktiviti terlarang itu dengan anjing peliharaan sebanyak beberapa kali dalam tempoh lapan tahun.
Pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di kediaman mereka di Florida berjaya menemui pemacu kilat (flash drive) mengandungi video menjijikkan itu. Kedua-duanya telah didakwa atas pertuduhan melakukan aktiviti seksual melibatkan haiwan.
Calello dalam pengakuannya di mahkamah berkata, kejadian itu berlaku kerana anjing peliharaannya itu menunjukkan sikap 'ingin tahu'.
"Defendan mengaku bahawa anjing itu mungkin pernah melakukan oral seks terhadapnya beberapa kali kerana anjing itu ingin tahu. Bukti video menunjukkan anjing itu melakukan perbuatan itu terhadap defendan dan defendan tidak membuat sebarang isyarat untuk menghentikan perbuatan tersebut," kata penyiasat.
Sementara itu, Springer telah ditunjukkan video tersebut dan mengenal pasti Calello sebagai wanita yang sedang melakukan hubungan terlarang dengan anjing tersebut.
Springer juga memberitahu penyiasat bahawa, Calello pernah melakukan perbuatan seksual dengan anjing tersebut kira-kira 30 hingga 50 kali dalam tempoh lapan tahun. Malah mengaku bahawa dia yang merakam dan menyimpan video tersebut dalam pemacu USB peribadinya.
Anjing husky milik Calello telah menjalani pemeriksaan dan doktor haiwan mengesahkan anjing tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Calello telah menghantar bonnya $5,000 (RM22,200) dan dibebaskan, manakala Springer dibebaskan tanpa kos jaminan.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/DnjgBM6
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment