Lelaki warga emas berusia 65 tahun dari Kabupaten Cirebon, Jawa Barat, Indonesia sebelum ini pernah tular di media sosial kerana berkahwin dengan remaja perempuan berusia 19 tahun.
Orang ramai bukan sahaja mempertikaikan jarak umur di antara H. Sondani dengan Fia Barlanti, malah juga mempersoalkan mas kahwin yang diberi bernilai 500 juta rupiah (RM150K).
Setelah selesai urusan perkahwinan pada 18 Mei 2022, pasangan itu dikatakan pergi melaksanakan ibadah umrah di Tanah Suci. Malangnya, perkahwinan yang belum mencapai setahun itu dikatakan telah terkandas.
Media tempatan melaporkan, H. Sondani dan Fia Barlanti telah bercerai dan perkara itu disahkan oleh jiran H. Sondani sendiri.
"Perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua bulan. Sekarang, mereka sudah bercerai. Itulah kesannya kerana terlalu terburu-buru. Kesian orang tua itu, dia sedang sakit sekarang," katanya.
Difahamkan, H. Sondani telah memberi Fia mas kahwin 500 juta rupiah, sebuah rumah, kereta dan membiaya umrah untuk keluarga Fia. Perkahwinan mereka juga telah dilangsungkan secara besar-besaran.
Sumber: Kompas
from The Reporter https://ift.tt/c26o85V
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment