Home » , » 'Kerajaan patut benarkan warga Rohingya kerja di sektor 3D, ia boleh menguntungkan negara' - MHO

'Kerajaan patut benarkan warga Rohingya kerja di sektor 3D, ia boleh menguntungkan negara' - MHO

shamsulazlan | 00:22 | 0 comments



Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, berpandangan bahawa kerajaan patut memanfaatkan sumber manusia sedia ada iaitu dengan menyerap ratusan ribu pelarian etnik Rohingya sebagai tenaga kerja asing dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) kerana ia lebih menguntungkan negara berbanding membawa masuk pekerja asing baru dari luar negara. 


Beliau berkata, ia adalah pilihan lebih baik daripada sumber manusia membabitkan etnik itu menjadi pembaziran seterusnya menjadi beban kerana tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada negara. 


"Keutamaan untuk bekerja di negara ini memanglah perlu diberikan kepada warga Malaysia. Malangnya, tidak ramai warga Malaysia berminat bekerja dalam sektor 3D. Itu memang kita kena terima hakikat. Antara sebabnya kerana syarikat perladangan belum lagi optimum menggunakan sistem teknologi canggih dengan kepakaran tempatan. 


"Masih banyak lagi menggunakan kaedah lama atau tradisional yang menyebabkan orang Malaysia tidak berminat bekerja dalam sektor itu. 


"Kita tiada pilihan, daripada kita mengambil atau membawa masuk buruh asing baru dari luar negara, ia akan menambahkan lagi jumlah warga asing di Malaysia. Sedangkan warga Rohingya sedia ada di sini," katanya. 


Jika kerajaan membenarkan dan menyerap Rohingya sebagai tenaga kerja asing, majikan dapat menjimatkan kos tanggungan seperti bayaran levi, kelulusan membawa masuk tenaga kerja asing baru dari luar negara dan bayaran kepada ejen pekerja asing. 


Dalam masa sama, perbelanjaan domestik dapat diperkukuhkan kerana warga Rohingya hanya berbelanja dalam negara untuk keluarga mereka yang berada di negara ini berbanding pekerja asing yang menghantar lebih separuh gaji mereka untuk keluarga di negara asal. 


"Katalah kita bawa masuk pekerja asing baru dari Bangladesh. Gajinya RM2,500 contohnya, dia akan berbelanja RM800 kemudian selebihnya akan dihantar kepada keluarga di negara asal, jadi ringgit Malaysia akan mengalir keluar dari negara.


"Ini boleh menyebabkan ekonomi kita kurang mampan apabila berlakunya pengaliran tunai ke luar negara. Sedangkan masyarakat Rohingya jika kerja di Malaysia, wang gaji mereka akan dibelanjakan untuk keluarga mereka di sini yang sudah pun berakar umbi. Jadi ekonomi kita mampan apabila aliran tunai domestik berlaku dalam sektor peruncitan dan sebagainya. Akhirnya menguntungkan rakyat Malaysia dan negara kita juga," katanya.


Tambah aktivis sosial itu lagi, membawa pekerja asing baru dalam jumlah besar juga akan menyumbang kepada masalah sosial kerana mereka menghadapi kejutan budaya sebab belum biasa bergaul dengan penduduk tempatan. 


"Pada saya, daripada membawa masuk pekerja asing baru adalah lebih bagus menggunakan 'tenaga kerja' (masyarakat Rohingya) yang sudah ada di Malaysia. 


"Berikan mereka pas kerja sementara khususnya untuk sektor perladangan. Ia juga supaya mereka tidak terbabit dalam aktiviti perniagaan, contohnya berniaga di pasar Selayang yang akan menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat tempatan," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/TdZ1qGX
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger