Home » , » Suspek remaja mengaku culik bayi 9 bulan sebab suka dengan mangsa yang terlalu comel

Suspek remaja mengaku culik bayi 9 bulan sebab suka dengan mangsa yang terlalu comel

shamsulazlan | 00:22 | 0 comments



Lima individu termasuk remaja perempuan yang merupakan suspek utama melarikan bayi berusia sembilan bulan dari jagaan neneknya, telah ditahan polis kelmarin, lapor Harian Metro. 


Baca: 'Anak saya mungkin dijual kepada sindiket jika polis lambat kesan suspek' - Bayi 9 bulan diculik cucu pengasuh, berjaya diselamatkan


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Tan Cheng San berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan dari ibu mangsa yang memaklumkan anaknya telah dilarikan oleh cucu kepada pengasuh anaknya. 


"Ketika itu, ibu mangsa mahu mengambil anaknya dari rumah pengasuh pada jam 5.30 petang, sebelum pengasuh berusia 65 tahun itu memberitahu bahawa cucu perempuannya berusia 14 tahun telah membawa lari mangsa, semasa dia sedang solat. 


"Ibu mangsa kemudian bertanya kepada pengawal keselamatan yang memaklumkan suspek mendukung mangsa sebelum menunggang motosikal. Ibu mangsa cuba menghubungi suspek, namun tidak berjaya, lalu membuat laporan polis," katanya. 


Bertindak di atas laporan itu, polis kemudian menahan suspek utama bersama dengan teman lelakinya berusia 18 tahun, serta rakan kepada teman lelaki suspek yang juga berusia 18 tahun di sebuah pondok di Machang Bubok pada jam 11.50 malam, hari yang sama. 


Setelah disoal siasat, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Kulim di mana bayi perempuan itu berada. 


"Siasatan mendapati, suspek utama membawa bayi perempuan itu di pondok di Machang Bubok terlebih dahulu, sebelum bapa tiri kepada teman lelaki suspek berusia 30 tahun datang dengan memandu van kilang, kemudian mengambil mangsa pergi ke sebuah rumah di Kulim. 


"Ketika serbuan di Kulim, bayi itu dijaga oleh ibu kepada teman lelaki suspek yang berusia 43 tahun," katanya. 


Ekoran itu, polis menahan reman kelima-lima individu berusia dari 14 hingga 43 tahun yang tidak mempunyai rekod jenayah selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik. 


Suspek utama sebelum itu mendakwa bayi terbabit adalah anaknya hasil hubungan dengan teman lelaki, tetapi akhirnya mengakui dia melarikan mangsa kerana suka dengan kecomelan bayi berkenaan. 


Mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan sebelum diserahkan kepada ibu bapanya. 


Difahamkan, mangsa telah dijaga oleh nenek suspek utama sejak lapan bulan lalu dengan bayaran RM500. 


Polis kini sedang menyiasat motif sebenar kejadian dan mengenal pasti sama ada perbuatan suspek mempunyai kaitan dengan sindiket penjualan bayi atau sebaliknya. 


Sumber: Harian Metro




from The Reporter https://ift.tt/YP9ClNv
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger