Tak senang duduk melihat penyanyi dangdut, Saripah Raziah Mustapha atau Ifa Raziah, dikecam netizen kerana bergelek di majlis akikah baru-baru ini, tuan empunya majlis, Addy Kana, tampil mempertahankannya dan menyelar netizen yang tidak memahami kerjaya Saripah.
Baca: (Video) 'Kau bayarlah RM20,000, aku geleklah' - kata Saripah, tapi ditegur Ustaz Ahmad Dusuki
"Terima kasih kak Ifa Raziah kerana memeriahkan majlis saya. Mereka (netizen) tak akan faham atur cara majlis," kata Addy Kana yang pernah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram (Macau Scam).
Dalam kenyataan yang dikongsikan di Instagram Saripah, Addy berkata, majlis akikah yang diadakan untuk anaknya, Aeyden Matteen, sudah tentu mengikuti tatatertib agama Islam dan meminta netizen tidak memahami situasi sebenar tanpa membuat spekulasi sendiri.
"Yang pasti, semasa majlis akikah, semua dalam keadaan tertib dan hormat. Persembahan Kak Ifa di sesi yang lain.
"Susah nak terangkan kepada netizen yang mind set ahli syurga ni. Bagus nak tegur orang tetapi bila orang terangkan situasi sebenar, mereka tukar point of view yang lain dan salahkan kita kononnya kita semua tak betul," ujarnya.
Bagi Addy, adalah hak masing-masing untuk menentukan atur cara majlis yang dianjurkan. Dalam masa yang sama, Addy menyelar netizen yang membuat 'teguran' itu sebagai 'acah suci dan hanya mahu menarik perhatian.
"Hak masing-masing dan majlis atur cara kita yang aturkan. Semua (netizen) nak tunjuk suci, sebenarnya taklah suci sangat nak tarik perhatian je. Kalau kita cakap macam ni, diorang pula tak boleh terima dan kata kita tak boleh ditegur.
"Hidup ini simple je, tak suka jangan tengok. Macam saya tak suka, saya tak komen pun, saya tengok je. Ini tak, gigih nak komen tapi bagus untuk marketing, mereka dah membantu," jelasnya.
Addy Kana backup Ifa Raziah yang bergelek di majlis akikah anaknya |
Terdahulu, Saripah menyelar netizen yang mengecamnya bergelek di majlis akikah yang dikatakan tidak wajar dan hormat pada majlis. Saripah menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab dia untuk bergelek kerana sudah dibayar untuk berbuat demikian. Malah, gelakan itulah yang memberinya 'makan' selama ini.
from The Reporter https://ift.tt/DQ7PhdG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment