Home » , » Lelaki rogol anak tiri berusia 8 tahun sehingga rahimnya rosak & terpaksa dibuang

Lelaki rogol anak tiri berusia 8 tahun sehingga rahimnya rosak & terpaksa dibuang

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments



Seorang lelaki telah dikembiri selepas merogol anak tirinya berusia lapan tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan doktor terpaksa membuang rahimnya. 


Mahkamah Kazakhstan dimaklumkan, tertuduh yang pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali itu didakwa telah mendera mangsa sejak tiga tahun lalu. Malah, tertuduh turut mengancam membunuh mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada ibunya. 


Hakim menjatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun dan ditempatkan di penjara kawalan ketat serta memerintah tertuduh dikembirikan secara paksa menggunakan bahan kimia. 


Mengikut fakta kes, lelaki pedofilia itu telah merogol mangsa di hadapan adik lelakinya berusia lima tahun sebelum dihantar ke sekolah dalam keadaan berdarah dan lukanya yang disapu menggunakan iodin. 


Ibu mangsa berkata, "Anak perempuan saya beritahu, kepalanya pening kerana terjatuh. Saya tidak faham, saya angkat dia dan ternampak ada darah yang mengalir. 


"Selepas itu barulah suami saya datang memberitahu perkara sebenar dan mengakui perbuatannya. Dia memohon maaf berkali-kali. 


"Pengakuannya membuatkan saya terkejut lalu tidak sedarkan diri. Apabila saya sedar, saya ternampak ada beberapa bilah pisau di hadapan saya dan dia meminta saya membunuh dia kerana perbuatan kejinya itu," katanya. 


Wanita itu kemudian menghubungi ambulans dan anak perempuannya segera dikejarkan ke hospital. Mangsa terpaksa ditahan selama sebulan berikutan keadaannya yang kritikal. 


Doktor memaklumkan, rahim mangsa mengalami kerosakan dalaman yang kronik dan terpaksa dibuang secara pembedahan. 


Selepas tamat perbicaraan kes itu, ibu mangsa berkata, hukuman 25 tahun penjara dan dikembiri secara kimia tidak cukup untuk menghukum bekas suaminya itu. 


Namun, dia yakin Tuhan melihat segala-galanya dan berharap lelaki itu akan menerima balasan setimpal dengan perbuatan kejinya itu. 


Sementara itu, mangsa dilaporkan masih trauma dan kini diberikan sokongan psikologi. 


Pengarah dari pusat krisis Komek, Malika Zhusupova berkata, siasatan awal polis mendapati suspek telah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali dan pernah melakukan penderaan seksual terhadap anak tirinya yang lain sebelum ini. 


"Dalam perkahwinan ketiganya, dia cuba merogol anak tirinya yang berusia tiga tahun. Oleh kerana dia tidak mahu isterinya menimbul kekecohan, saudara-mara lelaki itu membayar si ibu sebanyak 500,000 tenge (RM4,655). 


"Sehingga ke hari perbicaraan, wanita itu mendiamkan diri. Tetapi mangsa bangkit mendedahkan perbuatan bapa tirinya. 


Sumber: Mirror



from The Reporter https://ift.tt/AwEkix7
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger