Kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun dipercayai terlelap ketika memandu, merempuh tiang lampu isyarat dan kereta Perodua Bezza yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7.50 pagi di persimpangan lampu isyarat berdekatan Kompleks Penjara Sungai Udang, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah, semalam.
Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka saksi kejadian, Myvi tersebut yang datang dari arah Paya Rumput secara tiba-tiba termasuk ke laluan bertentangan lalu merempuh tiang lampu isyarat dan kereta Bezza dari arah Sungai Udang yang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat hijau. Serpihan lampu isyarat itu pecah dan mengenai kereta saksi di belakang Bezza.
Tidak beberapa lama kemudian, kelihatan beberapa penunggang motosikal tampil membantu pemandu Myvi dan mengalihkan serpihan-serpihan kenderaan dari menghalang laluan pengguna lain.
Pemandu Myvi yang bekerja sebagai tukang masak, mengalami sakit pingang, manakala pemandu Bezza, 28, bekerja sebagai warden penjara tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Melaka Hari Ini
from The Reporter https://bit.ly/3KRCgtE
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment