Seorang wanita yang mengandung kembar tiga menjadi tular di media sosial selepas dia mendokumentasikan perkembangan kehamilannya yang menunjukkan 'baby bump' yang amat besar dan bertukar menjadi keunguan serta dipenuhi dengan lebam, beberapa minggu sebelum kelahiran tiga bayinya.
Michella Meier-Morsi, dari Copenhagen, Denmark, mengejutkan warga maya selepas dia berkongsi gambar perutnya yang semakin membesar di Instagram.
Wanita itu membuatkan 260,000 pengikutnya tidak terkata semasa berkongsi perjalanan kehamilannya disebabkan saiz perutnya yang besar.
Michella yang sudah mempunyai dua anak perempuan bersama suaminya, Mark, menyambut kelahiran tiga anak kembarnya yang diberi nama Charles, Theodore dan Gabriel pada 15 Januari lalu melalui pembedahan ketika dia baru hamil 35 minggu.
Dia sedar akan 'kesakitan' yang bakal dialaminya sebelum dan selepas bersalin dan ramai netizen kagum dengan kekuatannya serta mengelarnya sebagai 'superhero'.
Dalam satu perkongsian yang dimuat naik tiga hari sebelum bersalin, Michella mengakui dia tidak bersedia untuk menyambut tiga kembar berkenaan. Malah mengakui dia sebenarnya agak takut kerana bimbang tidak dapat menanganinya.
Meskipun menanggung kesakitan yang luar biasa, Michella berkata, semua pengorbanan itu berbaloi dan terubat selepas melihat kehadiran tiga cahaya matanya itu.
Dalam perkongsian lain yang dimuat naik selepas 10 hari bersalin, Michella mengakui walaupun perutnya sudah menjadi kecil, tetapi dia masih berasa tidak selesa, berat dan sangat menyakitkan. Michella merancang untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital untuk menangani kesakitannya itu.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/3r2i8NF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment