Mahkamah di Singapura mendapati seorang pramugara bersalah di atas pertuduhan mencabul kehormatan rakan sekerjanya di dalam pesawat semasa dalam penerbangan dari negara itu ke Filipina dalam kejadian yang berlaku pada 2019.
Lapor Media Corp, tertuduh berusia 50 tahun itu didakwa mencabul pramugari berusia 27 tahun pada 3 Mei 2019 dengan menepuk punggung mangsa ketika berjalan melepasi mangsa di mana pada waktu itu mangsa sedang membongkok sedikit melayani seorang penumpang.
Butiran mengenai nama syarikat penerbangan dan pihak-pihak terlibat termasuk nama mangsa tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.
Bagaimanapun, tertuduh menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia hanya menepuk pangkal paha kanan mangsa yang dikatakan sedang bersandar di tempat duduk. Jelasnya lagi, postur mangsa pada waktu itu 'menjolok mata' dan dia menyentuh mangsa untuk memperbetulkan posturnya.
Selepas kejadian itu, mangsa terus memaklumkan insiden tersebut kepada ketua pramugara. Sebaik saja pesawat mendarat di destinasi, tertuduh memohon maaf kepada mangsa dan berkata dia tidak berniat untuk berbuat demikian, berulang kali.
Dalam aduannya kepada ketua pramugari, mangsa menegaskan tertuduh memang sengaja berbuat demikian dan bukan raba-raba atau sentuhan yang tidak disengajakan. Laporan polis dibuat selepas pesawat mendarat di Singapura.
Sumber: Media Corp
from The Reporter https://ift.tt/3rsBryE
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment