Tindakan tidak berotak, ditambah tidak berakal seorang penunggang motosikal yang melanggar lampu isyarat merah telah menyebabkan penghantar makanan wanita dirempuh kuat.
Dalam kejadian yang berlaku pada petang 18 Januari 2022, di persimpangan lampu isyarat di KL Traders Square Jalan Gombak, mangsa yang baru hendak memulakan perjalanannya selepas lampu isyarat bertukar hijau, dirempuh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab melanggar lampu isyarat merah dari arah bertentangan.
Berdasarkan video dashcam dari saksi di tempat kejadian, jelas kelihatan lampu isyarat di laluan mangsa bertukar hijau dan belum sempat melepasi kawasan persimpangan itu, mangsa telah dirempuh oleh penunggang terbabit yang gagal mengelaknya.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terus segera datang membantu mangsa yang terduduk di atas jalan menahan kesakitan, dan membantu mengalihkan dua motosikal terbabit bagi memberi laluan kepada pengguna lain.
Tidak diketahui sama ada mangsa mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan. Sumber memaklumkan, mangsa mengalami kecederaan di bahagian bahu, lengan dan kaki kiri.
"Alhamdulillah, rider (perempuan) tersebut sekarang dalam keadaan selamat. Tiada kecederaan parah, hanya cedera di bahagian bahu, lengan dan kaki kiri. Doakan semoga diberi kesembuhan yang cepat dan diberi kekuatan semangat untuk beliau," kata sumber.
Para pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal dinasihatkan tidak menunggang secara melulu dan melanggar peraturan lalulintas. Usah disebabkan kegopohan anda, nyawa mereka yang lain melayang dan sengsara.
Sumber: Facebook Asal Gombak
from The Reporter https://ift.tt/3qLbL0J
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment